Section outline
-
DIALEK
- kelainan bahasa yang berbeza dari segi sebutan, kosa kata dan tatabahasa daripada bahasa baku
yang digunakan secara tidak rasmi dalam perhubungan kekeluargaan dan perhubungan harian.
BAHASA BAKU
- ialah kelainan bahasa yang diterima oleh anggota komuniti bahasa yang digunakan sebagai satu
bahasa perhubungan oleh penutur pelbagai dialek.
- berkait dengan golongan berpendidikan tinggi dalam masyarakat yang digunakan dalam urusan rasmi
sebagai bahasa rasmi negara dan bahasa persuratan.