Section outline

  • BAB II KEMAHIRAN MENULIS PERNYATAAN MASALAH

     

    Cara Membina Pernyataan Masalah

    Pernyataan masalah diperoleh melalui pembacaan, pemerhatian, dan temu bual yang dijalankan. Selain itu, ia juga boleh diperoleh melalaui penilaian dokumen dan soal selidik. Dalam kajian sama ada berbentuk kuantitatif, pernayataan masalah boleh dibina berdasarkan kepada beberapa perkara berikut:

    1. Tajuk kajian yang hendak dijalankan.
    2. Kajian-kajian lanjutan yang dicadangkan di bahagian akhir sesuatu penyelidikan yang telah tamat.
    3. Melalui kajian-kajian lepas dalam bidang dan luar bidang yang dikaji.
    4. Melalui pembacaan.
    5. Melalui soal selidik, pemerhatian, temu bual, dan analisis dokumen.

    Jabatan Penyelidikan dan Iniovasi Profesionalisme Keguruan, IPG Kampus Bahasa Melayu (2011) menerangkan bagaimana hendak membina satu pernayataan masalah kajian. Sebanyak lima cara membina pernyataan masalah dicadangkan, iaitu:

    1. Pengkaji perlu menerangkan konsep-konsep yang digunakan dalam konteks penyelidikan yang dijalankan bukannya secara umum.
    2. Selepas itu, pengkaji menerangkan berkaitan kajian-kajian lepas yang mendapati bahawa isu atau masalah yang ingin dikaji mempunyai kepentingan dan kelebihan kepada pengguna, pelajar, guru, pentadbir, organisasi dan sebagainya. Pengkaji perlu menyatakan sebanyak mampu kajian-kajian dalam dan luar negara yang berkaitan.
    3. Pengkaji perlu menerangkan senario pada ketika ini berkaitan isu atau masalah yang ingin dikaji. Nyatakan kelemahan, masalah, atau kekangan yang dihadapi dan ia memerlukan penyelesaian melalalui penyelidikan yang dijalankan.
    4. Pengkaji perlu menghubungkan kepentingan dan kelebihan dengan senario yang dibincangkan untuk mengatasi isu atau masalah yang dihadapi. Di sinilah kita perlu menjawab soalah: so what??? Maksudnya, apa yang diperoleh daripada penyelidikan yang dijalankan. Ia mestilah sesuatu yang boleh menghasilkan kejayaan selepas kajian dilaksanakan.
    5. Bahagian ini merupakan rumusan pengkaji terhadap hujuh-hujah yang disampaikan. Pengkaji perlu menerangkan kenapa kajian berkenaan amat penting dijalankan dari perspektif pengkaji.

     

    Berikut merupakan contoh kajian cara membina pernyataan masalah. Tajuk tesis yang akan dibina ialah tentang Kemahiran Komunikasi Interpersonal Guru dalam Proses Pembelajaran dan Pengajaran Bahasa Indonesia. Berdasarkan contoh ini pengkaji boleh membina tidak kurang lapan pernyataan masalah dalam kajiannya, iaitu:

    1. Kenapa membuat kajian kemahiran interpersonal guru bahasa Indonesia?
    2. Mengapakah kajian ini penting dibuat?
    3. Apakah komunikasi interpersonal ini penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa ?
    4. Adakah terdapat masalah  dalam komunikasi antara guru dan pelajar ketika memperlajari bahasa di dalam bilik darjah?
    5. Apakah aspek komunikasi interpersonal yang diberi perhatian oleh guru bahasa ketika berkomunikasi dengan pelajarnya.
    6. Adakah komunikasi interpersonal ini dapat mewujudkan hubungan yang mesra antara guru dengan pelajar di dalam kelas bahasa?
    7. Adakah penguasaan komunikasi interpersonal ini dapat mengatasi masalah hubungan tidak mesra antara guru dan pelajar di dalamm kelas bahasa?
    8. Apakah nilai tambah dalam kajian ini?

    Dan lain-lain soalan yang boleh ditulis atau dicetuskan oleh penyelia ketika menyoal pelajar.

     

    Kepentingan Penrnyataan Masalah

    Penulisan pernyataan masalah memberi banyak kekuatan dan kelemahan kepada mereka yang menjalankan kajian, antaranya adalah seperti berikut:

    1. Membina tujuan, objektif dan soalan kajian.
    2. Membina kerangka teori atau kerangka konseptual kajian.
    3. Mengenal pasti reka bentuk, instrumen, populasi dan sampel kajian, kaedah analisis data dan sebagainya yang terdapat dalam metodologi kajian.
    4. Merapatkan jurang ilmu dalam bidang yang hendak dikaji.

     

    Jumlah Perenggan dalam Pernyataan Masalah

    Tidak didapati dalam mana-mana buku yang menyatakan dalam sesuatu pernyataan masalah harus mempunyai beberapa perenggan. Namun demikian umum diketahui bahawa dalam penulisan tajuk pernyataan masalah, selalunya dikatakan bahawa:

    1. Perenggan 1 ialah pengenalan tentang masalah kajian secara umum.
    2. Perenggan 2 dan seterusnya ialah isi pernyataan masalah atau isu yang dibangkitkan dalam kajian.
    3. Perenggan akhir ialah ayat penutup yang merumuskan apa sebenarnya yang hendak dikaji.

    Rumusannya ialah binaan dan jumlah perenggan dalam penulisan tajuk pernyataan masalah ada tiga bahagian, iaitu:

    1. Perenggan pengenalan: Satu perenggan
    2. Perenggan isi: 2-5 perenggan (bergantung kepada pembacaan dan luas atau skop kajian. Ada kajian yang membincangkan tajuk pernyataan masalah sehingga 7-10 muka surat. Jika terlalu panjang atau banyak masalah yang diketengahkan, ini akan menjadikan kajian pengkaji kurang fokus).
    3. Perenggan penutup satu perenggan.

    Jumlah Ayat dalam Pernyataan Masalah

    Berapakah jumlah ayat yang perlu ditulis dalam satu perenggan isi masalah atau pernyataan masalah? Secara umum, terdapat tiga ayat yang membentuk satu masalah kajian, iaitu:

    1. Ayat 1: Ayat isu atau ayat masalah kajian. Ayat isu atau pernyataan masalah itu merupkan ayat fakta atau juga dinamakan ayat isi. Ayat isi ini juga dikatakan sebagai ayat penyata yang mempunyai maksud yang jelas.
    2. Ayat 2: Ayat huraian untuk menyokong ayat isi tersebut. Ayat huraian akan menerangkan dengan perinci ayat isi atau ayat fakta tersebut. Dalam penulisan isi pernyataan masalah, ayat huraian biasanya akan memberi penjelasan kepada ayat isi atau ayat isu yang dibangkitkan tersebut dengan mengaitkannya dengan kajian atau teori berkaitan sebagai contoh.
    3. Ayat 3: Ayat sokongan untuk menyokong ayat isi dan ayat huraian. Dalam konteks penulisan satu pernyataan masalah, ayat sokongan ditulis untuk menyokong ayat isi dan ayat huraian.

    Bagi membantu pemahaman pelajar, ditunjukkan dua contoh perenggan yang mengandungi satu isi atau fakta yang berkaitan dengan pernyataan masalah.