โครงสร้างหัวข้อ

  • การศึกษาเอกเทศ

    gambar

  • BAB I

    perkara dari minggu lepas

    1. nama ahli kumpulan

    2. nama penyelia

    3. tajuk kajian

    4. jadual perancangan bulanan bersama penyelia

    BAB I KEMAHIRAN MEMBINA TAJUK PROPOSAL

    Dalam  penulisan sesuatu kertas kerja mahupun proposal, ataupun tesis tajuk amatlah penting. Membina tajuk yang baik adalah antara perkara asas dalam sesebuah penulisan yang hendak dihasilkan. Oleh itu bahagian ini bertujuan untuk:

    1. Mengetahui cara membina dan menulis tajuk tesis yang baik.
    2. Menhasilkan satu tajuk penyelidikan yang boleh dikaji dan sampai tahap kesarjanaan (degree).

     Perkara yang akan dibincangakan di dalam bab ini ialah 

    1. Penulisan tajuk tesis

    2. Pemilihan tajuk tesis

    3. Ciri Penulisan tajuk  tesis yang  baik

    4. Contoh penulisan tajuk tesis yang baik

    5. Contoh penulisan tajuk tesis yang kurang mantap

    Dalam  penulisan sesuatu kertas kerja mahupun proposal, ataupun tesis tajuk amatlah penting. Membina tajuk yang baik adalah antara perkara asas dalam sesebuah penulisan yang hendak dihasilkan. Oleh itu bahagian ini bertujuan untuk:

    1. Mengetahui cara membina dan menulis tajuk tesis yang baik.
    2. Menhasilkan satu tajuk penyelidikan yang boleh dikaji dan sampai tahap kesarjanaan (degree).

     

    Penulisan tajuk tesis

    Pada kursus ini penulisan proposal untuk melaksanakan kajian adalah suatu yang wajib semua pelajar melakukan secara berkumpulan. Pada tahun ini diputuskan pelajar mengadakan kumpulan seramai 3 orang. Setiap kumpulan mesti mempunyai tajuk latihan imiah yang akan dilaksanakan.

     

    Pemilihan tajuk tesis

    Pemilihan tajuk yang sesuai dengan latihan ilmiah amatlah penting. Seseorang pengkaji harus mengetahui apakah perkara yang ingin dikaji. menurut Ismail (2010) tajuk yang baik mestilah tingkas, padat, dan memberi maklumat  jelas  tentang kandungan tesis atau latihan ilmiah. Beberapa langkah yang mahasiswa patut lakukan untuk membantu mereka mencadangkan tajuk, penjelasan tersebut adalah seperti berikut:

    1. Berbincang dengan penyelia

    Sesetengah penyelia sudah mempunyai senarai tajuk  yang ingin diberikan kepada pelajar di bawah seliaannya. Oleh itu pelajar harus betul-betul berbincang dengan penyelia untuk memudahkan dalam pelaksaan latihan ilmiah.

     

    1. Banyak membaca kajian yang berkaitan

    Pembacaan yang luas amat penting dalam membukakan minda, panduan atau cadangan  seseorang untuk menghasilakan satu tajuk latihan limiah. Pembacaan kajian lepas dapat dimasukkan dalam bab 2. Selain pembukaan minda, melalui pembacaan yang luas juga pelajar akan dapat mengetahui bidang manakah yang telah dikaji oleh pengkaji sebelum ini. Andainya tajuk tersebut sudahpun dikaji dapat dilihat sudut manakah yang pengkaji sebelum ini belum menganalisis.

     

    1. Mengambil tajuk daripada cadangan kajian lanjutan

    Bagi pelajar yang belum ada tajuk kajian lagi boleh berpandukan kepada kajian lepas dan mengkaji apakah cadangan kajian sebelum ini yang patut dilakukan selanjutnya.

     

     

    Ciri Penulisab tajuk  tesis yang  baik

    Penulisan tajuk tesis yang baik dan sesuai dengan apa yang hendak dikaji adalah penting. Mengikut Zamri Mahamod dan Yahya Othman (2017) mengatakan terdapat beberapa ciri-ciri penulisan tajuk tesis atau latihan ilmiah yang terbaik, antaranya:

    1. Tajuk tesis perlu mempunyai sekurang-kurangnya dua atau lebih perkara yang hendak dikaji.
    2. Tajuk tesis perlu menjurus terus kepada tujuan dan objektif kajian yang ingin dijalankan.
    3. Takuk tesis atau latihan limiah tidak melebihi daripada 15 patah perkataan.
    4. Tajuk tesis berupaya mengungkap permasalahan kajian.
    5. Tajuk tesis menggunakan bahasa yang mudahdan jelas difahami.
    6. Tajuk tesis menggambarkan tahap  kesarjanaan pelajar pada tahap sarjana muda.

     

    Contoh penulisan tajuk tesis yang baik

    Salah satu contoh tajuk tesis yang dikemukakan oleh Zamri Mahamod dan Yahya Othman (2017) ialah tentang “strategi Pembelajaran Bahasa Melayu dalam Kalangan Pelajar Melayu Sekolah Menengah”, adalah contoh terbaik dan memiliki 6 ciri seperti di atas.

    1. Tajuk tesis mempunyai lima perkara yang hendak dikaji, iaitu strategi belajar, strategi pembelajaran bahasa, mata pelajaran BM, dan sekolah menengah.
    2. Tajuk tesis berfokus kepada tujuan dan objektif kajian, iaitu untuk mengenal pasti strategi pembelajaran BM dalam kalangan pelajar sekolah menengah.
    3. Tajuk tesis tidak panjang hanya 10 patah perkataan.
    4. Tajuk tesis berjaya mengetengahkan permasalahan yang hendak dikaji, iaitu tentang (i) isu strategi pembelajaran BM, (ii) isu strategi pembelajaran BM yang digunakan oleh pelajar Melayu, dan (iii) isu strategi pembelajaran BM dalam kalangan pelajar Melayu di sekolah menengah.
    5. Tajuk tesis menggunakan bahasa yang mudah difahami dan jelas kepada apa yang hendak diakaji.
    6. Tajuk tesis menggambarkan pemikiran dan kesarjanaan  pelajar. Tajuk ini juga merupakan tajuk yang baru yang tidak pernah dikaji sebelum ini.

     

    Salah satu contoh tajuk latihan ilmiah pada tahap  sarjana muda yang dijalankan oleh Pareeda Hayeeteh pada tahun 2002 ialah tentang “Pengimbuhan Kata Nama dan Kata Kerja dalam Dialek Melayu Patani”. Tajuk latihan ilmiah ini dikatakan baik kerana mempunyai ciri-ciri seperti berikut:

    1. Tajuk tesis mempunyai empat perkara yang hendak dikaji, iaitu pengimbuhan, pengimbuhan kata nama, pengimbuhan kata kerja dan dialek Melayu Patani.  
    2. Tajuk tesis berfokus kepada tujuan dan objektif kajian, iaitu untuk mengenal pasti pengimbuhan kata nama dan kata kerja dalam dialek Melayu Patani.
    3. Tajuk tesis tidak panjang hanya 10 patah perkataan.
    4. Tajuk tesis berjaya mengetengahkan permasalahan yang hendak dikaji, iaitu tentang (i) isu pengimbuhan kata nama  (ii)  isu pengibuhan kata kerja dan (iii) isu pengimbuhan kata nama dan kata kerja dalam dialek Melayu Patani.
    5. Tajuk tesis menggunakan bahasa yang mudah difahami dan jelas kepada apa yang hendak diakaji.
    6. Tajuk tesis menggambarkan pemikiran dan kesarjanaan  pelajar. Tajuk ini juga merupakan tajuk yang baru yang tidak pernah dikaji sebelum ini.

     

    Contoh ketiga tentang tajuk latihan ilmiah pada tahap sarjana muda  yang dikatakan baik ialah kajian yang dilakukan oleh Kartini Wado (2002) tentang Ayat Mudah dalam Dialek Melayu Patani. Latihan ilmiah ini dikatakan baik kerana mempunyai ciri-ciri seperti berikut:

    1. Tajuk tesis mempunyai lima perkara yang hendak dikaji, iaitu ayat mudah dan ayat mudah dalam dialek Melayu Patani.  
    2. Tajuk tesis berfokus kepada tujuan dan objektif kajian, iaitu untuk mengenal pasti ayat mudah dalam dialek Melayu Patani.
    3. Tajuk tesis tidak panjang hanya 6 patah perkataan.
    4. Tajuk tesis berjaya mengetengahkan permasalahan yang hendak dikaji, iaitu tentang (i) isu ayat mmudah dalam BM, (ii) isu ayat mudah dalam dialek Melayu Patani.
    5. Tajuk tesis menggunakan bahasa yang mudah difahami dan jelas kepada apa yang hendak diakaji.
    6. Tajuk tesis menggambarkan pemikiran dan kesarjanaan  pelajar. Tajuk ini juga merupakan tajuk yang baru yang tidak pernah dikaji sebelum ini.

     

     

    Contoh penulisan tajuk tesis yang kurang mantap

    Biasanya sesebuah tajuk yang tidak mantap disebabkan pengarangnya mempunyai kelemahan pada beberapa perkara berikut:

    1. Tajuk tesis yang panjang, iaitu melebihi 15 patah perkataan.
    2. Tajuk tesis mengandungi perkara-perkara berkaitan dengan metodologi yang hendak dikaji.
    3. Tajuk tesis yang mengandungi kesalahan bahasa.
    4. Tajuk tesis terlalu luas dan kabur apa sebenarnya yang hendak dikaji.

    Sebagai contoh dapat dilihat pada tesis Sarjana Pendidikan bertajuk “Ciri-ciri Guru Berkesan dan Faktor Motivasi dari Perspektif Pentadbir Sekolah dan Guru”. Munkin tajuk tesis ini sesuai ditulis menjadi “Ciri dan Motivasi Guru Berkesan daripada Perspektif Pentadbir Sekolah dan Guru”. Penulisan tajuk tesis ini dianggap kurang baik, kerana:

    1. Tajuk tesis mengandungi dua perkara yang hendak dikaji, iaitu ciri  guru berkesan faktor motivasi. Sepatutnya pelajar ini hanya berfokus kepada satu perkara sahaja, iaitu sama ada ciri guru berkesan atau faktor motivasi.
    2. Terdapat kesalahan bahasa dalam penulisan tajuk ini, iaitu perkataan ‘ciri’  tidak dapat digandakan menjadi ‘ciri-ciri’. Dalam Kamus Dewan, hanya terdapat perkataan ‘ciri’ sahaja di mana ‘ciri’ sudah melambangkan maksud ‘banyak’. Demikian juga perkataan kata sendi ‘dari’ yang salah digunakan. Kata sendi ‘dari’ merujuk kepada kata arah, sedangkan perkataan ‘dari’ dalam tajuk tesis tidak merujuk kepada arah. Sepatutnya perkataan ‘dari’ ditukar menjdi ‘daripada’ yang bukan merujuk kepada arah.

    Namun demikian, terdapat kekuatan dan kelebihan kepada tajuk tesis ini, kelebihan ini dapat diperincikan seperti berikut:

    1. Tajuk tesis mempunyai 13 patah perkataan.
    2. Tajuk tesis menggunakan bahasa yang mudah difahami dan jelas apa yang hendak dikaji oleh pelajar.
    3. Terdapat empat perkara yang hendak dikaji, iaitu i) ciri guru berkesan, ii) faktor motivasi, iii) pentadbir sekolah, dan iv) guru.
    4. Tajuk tesis boleh membantu pembaca apa sebenarnya objektif dan tujuan yang hendak dikaji oleh pelajar berkenaan.

    Kesimpulan

    Pemilihan tajuk tesis yang baik dalam penulisan tesis amat penting pada setiap peringkat pengajian.  Zamri (2017) mengatakan terdapat persepakatan daripada para pensyarah bahawa tajuk tesis yang baik teridiri daripada 10-15 perkataan. Tajuk seharusnya menjurus kepada apa yang hendak dikaji, tidak terlalu luas, tetapi terfokus kepada apa yang hendak dikaji. Tidak perlu diletakkan metodologi atau lakosi yang hendak dikaji untuk menjadi sebahagian daripada tesis. Malahan dari segi etika tidak digalakkan menulis lokasi sebagai sebahagian daripada tesis. Tajuk tesis yang baik ditulis dengan menggunakan gaya bahasa yang mudah difahami dan jelas tanpa ada sebarang kesalahan dan kesilapan bahasa, selain tidak perlu meletakkan pemboleh-pemboleh ubah kajian sebagai sebahagian daripada tesis, dan tidak pernah dibuat oleh mana-mana pengkaji dalam bidang yang dikaji. sekiranya kajian yang dibuat bukan suatu yang baru, tetapi harus diperkembangkan daripada kajian sebelumnya, maka tajuk tesis yang ditulis perlu menampakkan perbezaan dengan tajuk tesis sebelumnya,

     

  • BAB II

    BAB II CARA MENULIS PERNYATAAN MASAALAH 

     

    Definisi Pernyataan Masalah

    Pernyataan masalah merupakan isu atau masalah yang perlu dijalankan dalam sesuatu kajian. Pada dasarnya pernyataan masalah merupakan pernyataan yang mampu menggambarkan sesuatu yang ingin diketahui oleh pengkaji. Melalui kajian pengkaji akan memperoleh jawapannya. Hal ini merupakan sesuatu yang ingin tahu yang hanya dapat ditemui hasilnya melalui kajian impirikal (kajian yang bermula dari suatu pemerhatain ke atas sesuatu situasi. Pemerhatian tersebut akan mencetuskan satu inferens atau kesimpulan awal.). Norairni (2010) mendefinisikan pernyataan masalah sebagai sesuatu yang ingin menerangkan keperluan menentukan masalah penyelidikan yang mewajarkan pelaksanaan sesuatu penyelidikan. Masalah yang dikaji haruslah jitu dan konkrit serta memerlukan jalan penyelesaian. Manakala Chua Yan Piaw (2006) mendefinisikan pernyataan masalah sebagai isu yang timbul, yang menarik perhatian, atau menjadi penggerak serta dorongan untuk melakukan kajian ke atasnya. Aspek-aspek yang harus wujud di dalam pernyataan adalah:

    1. Haruslah praktikal, iaitu boleh diselidik dan data yang dikumpul dapat dianalisis.
    2. Penting dan bermakna, iaitu mempunyai kepentingan praktikal dan teoritikal.
    3. Mempunyai sasaran kajian (populasi yang ingin dikaji)
    4. Pemboleh-pemboleh ubah yang terlibat.

    Dapat disimpulkan pernyataan masalah bermaksud apa yang hendak dikaji oleh pengkaji.

     

    Membina Soalan Pernyataan Masalah

    Chua Yan Piaw (2006) mengatakan pernyataan masalah kajian boleh berbentuk soalan-soalan terbuka, iaitu pernyataan idea, masalah, atau hipotesis untuk diuji sebagai tujuan penyelidikan. Apabila membuat suatu pernyataan masalah, maka umumnya definisi masalah penyelidikan berbentuk  ayat tanya. Berikut ddiberikan tiga contoh ayat pernyataan masalah dalam sesebuah penyelidikan yang dijalankan yang ditulis dalam bentuk ayat Tanya (soalan kajian), iaitu:

    1. Adakah terdapat hubungan pemikiran keusahawanan, tingkah laku kusahawanan, dan kesediaan mengenal peluang perniagaan dalam kalangan pelajar IPT?
    2. Apakah terdapat perbezaan signifikan antara pencapaian dengan jantina pelajar?
    3. Sejauh manakah struktur organisasi dan jenis sistem informasi yang diterapkan berpengaruh terhadap keberkesanan pengambilan keputusan?
    4. Bagaimanakah amalan kemahiran komunikasi interpersonal guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Indonesia di dalam bilik darjah.

    Empat persoalan di dalam ayat-ayat di atas sepatutnya ada dalam pernyataan masalah yang dijalankan pelajar. Pelajar perlu mengemukakan isu atau masalah kajiannya dan perlu ditulis (dihuraikan) dengan jelas dalam penulisan tentang pernyataan masalah. Selain  itu, terdapat pelbagai persoalan lagi yang akan dibangkitkan oleh penyelia dalam mendapatkan kepastian daripada pelajar tentang tujuan sebenar mereka hendak menjalankan sesuatu kajian. Dalam hal ini pelajar tentunya telah bersedia untuk mempertahankan isu/masalah yang ingin dikaji apabila diminta berbuat demikian oleh penyelianya. Penjelasan yang mantap dan meyakinkan dengan diberi contoh, teori dan kajian berkaitan akan membantu pelajar berkenaan membina pernyataan masalah kajiannya dengan lebih jelas, mantap dan meyakinkan. Justeru, pelajar boleh menerangkan secara mendalam mengapa kajian berkenaan dijalankan. Antara soalan yang sering diajukan oleh pensyarah kepada pelajar adalah seperti berikut:

    1. Mengapa hendak menjalankan kajian tersebut?
    2. Adakah kajian sebelum ini yang telah mengkaji apa yang hendak dikaji?
    3. Jika ada, apakah aspek yag perlu dibuat kajian lanjutan?
    4. Apakah teori yang akan menjadi dasar kajian yang hendak dijalankan tersebut?
    5. Apakah nilai tambah yang diharapkan daripada kajian yang akan dijalankan itu?

     

     

  • BAB II (SAMBUNG)

    BAB II KEMAHIRAN MENULIS PERNYATAAN MASALAH

     

    Cara Membina Pernyataan Masalah

    Pernyataan masalah diperoleh melalui pembacaan, pemerhatian, dan temu bual yang dijalankan. Selain itu, ia juga boleh diperoleh melalaui penilaian dokumen dan soal selidik. Dalam kajian sama ada berbentuk kuantitatif, pernayataan masalah boleh dibina berdasarkan kepada beberapa perkara berikut:

    1. Tajuk kajian yang hendak dijalankan.
    2. Kajian-kajian lanjutan yang dicadangkan di bahagian akhir sesuatu penyelidikan yang telah tamat.
    3. Melalui kajian-kajian lepas dalam bidang dan luar bidang yang dikaji.
    4. Melalui pembacaan.
    5. Melalui soal selidik, pemerhatian, temu bual, dan analisis dokumen.

    Jabatan Penyelidikan dan Iniovasi Profesionalisme Keguruan, IPG Kampus Bahasa Melayu (2011) menerangkan bagaimana hendak membina satu pernayataan masalah kajian. Sebanyak lima cara membina pernyataan masalah dicadangkan, iaitu:

    1. Pengkaji perlu menerangkan konsep-konsep yang digunakan dalam konteks penyelidikan yang dijalankan bukannya secara umum.
    2. Selepas itu, pengkaji menerangkan berkaitan kajian-kajian lepas yang mendapati bahawa isu atau masalah yang ingin dikaji mempunyai kepentingan dan kelebihan kepada pengguna, pelajar, guru, pentadbir, organisasi dan sebagainya. Pengkaji perlu menyatakan sebanyak mampu kajian-kajian dalam dan luar negara yang berkaitan.
    3. Pengkaji perlu menerangkan senario pada ketika ini berkaitan isu atau masalah yang ingin dikaji. Nyatakan kelemahan, masalah, atau kekangan yang dihadapi dan ia memerlukan penyelesaian melalalui penyelidikan yang dijalankan.
    4. Pengkaji perlu menghubungkan kepentingan dan kelebihan dengan senario yang dibincangkan untuk mengatasi isu atau masalah yang dihadapi. Di sinilah kita perlu menjawab soalah: so what??? Maksudnya, apa yang diperoleh daripada penyelidikan yang dijalankan. Ia mestilah sesuatu yang boleh menghasilkan kejayaan selepas kajian dilaksanakan.
    5. Bahagian ini merupakan rumusan pengkaji terhadap hujuh-hujah yang disampaikan. Pengkaji perlu menerangkan kenapa kajian berkenaan amat penting dijalankan dari perspektif pengkaji.

     

    Berikut merupakan contoh kajian cara membina pernyataan masalah. Tajuk tesis yang akan dibina ialah tentang Kemahiran Komunikasi Interpersonal Guru dalam Proses Pembelajaran dan Pengajaran Bahasa Indonesia. Berdasarkan contoh ini pengkaji boleh membina tidak kurang lapan pernyataan masalah dalam kajiannya, iaitu:

    1. Kenapa membuat kajian kemahiran interpersonal guru bahasa Indonesia?
    2. Mengapakah kajian ini penting dibuat?
    3. Apakah komunikasi interpersonal ini penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa ?
    4. Adakah terdapat masalah  dalam komunikasi antara guru dan pelajar ketika memperlajari bahasa di dalam bilik darjah?
    5. Apakah aspek komunikasi interpersonal yang diberi perhatian oleh guru bahasa ketika berkomunikasi dengan pelajarnya.
    6. Adakah komunikasi interpersonal ini dapat mewujudkan hubungan yang mesra antara guru dengan pelajar di dalam kelas bahasa?
    7. Adakah penguasaan komunikasi interpersonal ini dapat mengatasi masalah hubungan tidak mesra antara guru dan pelajar di dalamm kelas bahasa?
    8. Apakah nilai tambah dalam kajian ini?

    Dan lain-lain soalan yang boleh ditulis atau dicetuskan oleh penyelia ketika menyoal pelajar.

     

    Kepentingan Penrnyataan Masalah

    Penulisan pernyataan masalah memberi banyak kekuatan dan kelemahan kepada mereka yang menjalankan kajian, antaranya adalah seperti berikut:

    1. Membina tujuan, objektif dan soalan kajian.
    2. Membina kerangka teori atau kerangka konseptual kajian.
    3. Mengenal pasti reka bentuk, instrumen, populasi dan sampel kajian, kaedah analisis data dan sebagainya yang terdapat dalam metodologi kajian.
    4. Merapatkan jurang ilmu dalam bidang yang hendak dikaji.

     

    Jumlah Perenggan dalam Pernyataan Masalah

    Tidak didapati dalam mana-mana buku yang menyatakan dalam sesuatu pernyataan masalah harus mempunyai beberapa perenggan. Namun demikian umum diketahui bahawa dalam penulisan tajuk pernyataan masalah, selalunya dikatakan bahawa:

    1. Perenggan 1 ialah pengenalan tentang masalah kajian secara umum.
    2. Perenggan 2 dan seterusnya ialah isi pernyataan masalah atau isu yang dibangkitkan dalam kajian.
    3. Perenggan akhir ialah ayat penutup yang merumuskan apa sebenarnya yang hendak dikaji.

    Rumusannya ialah binaan dan jumlah perenggan dalam penulisan tajuk pernyataan masalah ada tiga bahagian, iaitu:

    1. Perenggan pengenalan: Satu perenggan
    2. Perenggan isi: 2-5 perenggan (bergantung kepada pembacaan dan luas atau skop kajian. Ada kajian yang membincangkan tajuk pernyataan masalah sehingga 7-10 muka surat. Jika terlalu panjang atau banyak masalah yang diketengahkan, ini akan menjadikan kajian pengkaji kurang fokus).
    3. Perenggan penutup satu perenggan.

    Jumlah Ayat dalam Pernyataan Masalah

    Berapakah jumlah ayat yang perlu ditulis dalam satu perenggan isi masalah atau pernyataan masalah? Secara umum, terdapat tiga ayat yang membentuk satu masalah kajian, iaitu:

    1. Ayat 1: Ayat isu atau ayat masalah kajian. Ayat isu atau pernyataan masalah itu merupkan ayat fakta atau juga dinamakan ayat isi. Ayat isi ini juga dikatakan sebagai ayat penyata yang mempunyai maksud yang jelas.
    2. Ayat 2: Ayat huraian untuk menyokong ayat isi tersebut. Ayat huraian akan menerangkan dengan perinci ayat isi atau ayat fakta tersebut. Dalam penulisan isi pernyataan masalah, ayat huraian biasanya akan memberi penjelasan kepada ayat isi atau ayat isu yang dibangkitkan tersebut dengan mengaitkannya dengan kajian atau teori berkaitan sebagai contoh.
    3. Ayat 3: Ayat sokongan untuk menyokong ayat isi dan ayat huraian. Dalam konteks penulisan satu pernyataan masalah, ayat sokongan ditulis untuk menyokong ayat isi dan ayat huraian.

    Bagi membantu pemahaman pelajar, ditunjukkan dua contoh perenggan yang mengandungi satu isi atau fakta yang berkaitan dengan pernyataan masalah.

     

     

  • BAB III

    BAB III CARA MENGUPAS KAJIAN LEPAS

    BAB III KEMAHIRAN MENULIS ULASAN KEPUSTAKAAN

     

    3.1 Menulis Kajian Lepas (Literature Review)

    Kajian Lepas atau Literature Review adalah “a critical analysis of the research conducted on a particular topic or question in the field of science”. IA merupakan analisa berupa kritik (membangun maupun menjatuhkan) dari penelitian yang sedang dilakukan terhadap topik khusus atau pertanyaan terhadap suatu bagian dari keilmuan. Literature Review bukannya ringkasan terhadap sesebuah kajian lain tetapi merupakan cerita ilmiah terhadap permasalahan kajian tertentu yang dilakukan oleh orang lain.

     

    3.2 Literature Review dilakukan untuk:

    i. Membentuk sebuah kerangka teori untuk topik/bidang penelitian

    ii. Menjelaskan definisi, kata kunci dan terminologi

    iii. Menentukan kajian, model, dll yang mendukung topik

    iv. Menentukan lingkup penelitian

    v. Topik penelitian.

     

    Apabila melakukan Literature Review, tiga perkara utama perlu dicari, iaitu;

     

    i. Katakan apa yang dikatakan oleh penelitian (teori).

    ii. Katakan bagaimana penelitian dilakukan (metodologi).

    iii. Katakan apa yang hilang/kurang, iaitu lompang (ruang kosong) yang ingin diisi oleh penelitian anda.

     

     

    3.2 Langkah-Langkah yang perlu diambil apabila melakukan Literature Review;

    Langkah 1: Membaca tulisan-tulisan ilmiah yang berkaitan

    Langkah 2: Menilai semua tulisan ilmiah yang dibaca

    Langkah 3: Buat ringkasan

    Langkah 4: Gabungkan menjadi satu cerita ilmiah yang lengkap mengenai suatu masalah kajian berkenaan. 

     

  • BAB IV

    BAB IV KEMAHIRAN MENULIS METODOLOGI KAJIAN

    นักศึกษาสามารถดูรายละเอียดระเบียบวิธีวิจัยเพิ่มเติมจากลิงก์ข้างบนได้นะคะ 

  • BAB V

    การเขียนบทที่ 

    penulisan Bab 4 

    cotoh penulisan bab 4

    BAB 4

    ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN

     

    4.1  Pengenalan

    4.2 Analisis Soal Selidik Responden

    4.2.1  Maklumat Profil Responden

    4.2.2  Maklumat Pembelajaran Bahasa Arab responden

    4.2.3  Maklumat Amalan Pembelajaran Kemahiran Menulis bahasa Arab

    4.3 Analisis Set Ujian Kemahiran Menulis Bahasa Arab

    4.3.1 Pencapaian Keseluruhan Ujian

    4.3.1.1 Analisis Pencapaian Keseluruhan Ujian Kemahiran menulis

    4.3.2 Pencapaian Responden berdasarkan Soalan Ujian

    4.3.2.1 Analisis Pencapaian Responden bagi Soalan 1

    4.3.2.2 Analisis Pencapaian Responden bagi Soalan 2 -14

                    4.3.3 Analisis Kesilapan dalam Ujian Kemahiran Menulis

    4.3.3.1 Analisis Kesilapan Responden dalam Soalan 1

    4.3.3.2 Analisis Kesilapan Responden dalam Soalan 2

    4.3.3.3 Analisis Kesilapan Responden dalam Soalan 3-14

    4.4 Huraian Temu Bual Guru Bahasa Arab

    4.4.1 Maklumat Profil Guru Bahasa Arab

    4.4.2 Maklumat Pengajaran dan Pembelajaran bahasa Arab

    4.4.3 Maklumat Pengajaran dan Pembelajaran Kemahiran Menulis Bahasa Arab

     

    4.5 Penutup

     

     

     

  • Bab VII

  • ชิ้นงานทั้งหมด