Section outline

  • Dalam kajian bahasa Melayu, sudut tafsiran suku kata rasanya tidak dibezakan secara tradisional. Maksudnya, suku kata ditafsirkan sebagai unit kombinasi fonem yang diucapkan dengan satu hembusan nafas. Tafsiran yang demikian ternyata mencampuradukkan konsep fonetik fisiologi dengan fonologi. Dengan serentaknya, tafisiran suku kata yang tersebut menyebabkan kesalahfahaman bahawa setiap suku kata seolah-olah mempunyai sempadan yang jelas dan tepat di antaranya, seperti yang ditranskripsikan dalam bentuk unit kombinasi fonem, seperti V, VK, KV, KVK dan lain-lain. Oleh demikian itu, kehadiran bunyi peralihan antara bunyi-bunyi tunggal tidak diambil kira. Padahal, kombinasi unit-unit bunyi tunggal sahaja tidak dapat menghasilkan bunyi bahasa yang natural.