Section outline

  • Pensyarah: Manavavee Mamah

    No.Hp: 0872930971

  • ASAL-USUL BAHASA MELAYU• Bahasa sering dikaitkan dengan salasilah bangsa. Asal-usul orang Melayu, iaitu penutur asli bahasa Melayu amat kabur kerana sejarah kuno Asia Tenggara masih belum diselidiki dengan mendalam.• Walau bagaimanapun, kita dapat mengetahui secara kasar latar belakang dan pergerakan masyarakat Melayu kuno, iaitu nenek moyang orang Melayu.

  • Dialek merupakan substandar atau standar dasar dari sebuah bahasa. Dialek sendiri sering dihubungkan dengan seseorang atau kelompok. Namun dialek juga sering dihubungkan dengan bahasa, terutama bahasa tutur dalam daerah.

    Dalam buku Antropologi: Mengungkap Keragaman Budaya (2007) karya Tedi Sutardi, secara etimologi, istilah dialek berasal dari kata dialektis dalam bahasa Yunani.

    Dalam bahasa Indonesia adalah logat. Kata serapan logat pun bersumber dari bahasa Arab, yaitu lughah yang artinya denotasi bahasa. Dialek adalah logat bahasa, perlambangan dan pengkhususan dari bahasa induk. Selain itu, dialek merupakan sistem kebahasaan yang digunakan oleh suatu masyarakat untuk membedakan dari masyarakat lain.


  • DIALEK 

    • kelainan bahasa yang berbeza dari segi sebutan, kosa kata dan tatabahasa daripada bahasa baku 

                yang digunakan secara  tidak rasmi dalam perhubungan kekeluargaan dan perhubungan harian.

     BAHASA BAKU 

    • ialah kelainan bahasa yang diterima oleh anggota   komuniti bahasa yang digunakan sebagai satu   

                 bahasa perhubungan  oleh penutur pelbagai dialek.

    • berkait dengan golongan berpendidikan tinggi dalam   masyarakat yang digunakan dalam urusan rasmi

                  sebagai bahasa  rasmi negara dan bahasa   persuratan.

  • Semenanjung Tanah Melayu atau Tanah Besar mempunyai 12 dialek Bahasa Melayu secara rasmi digunakan. Artikel ini merujuk kpd dialek Bahasa Melayu Semenanjung sahaja, bukan bahasa2 peribumi Bumiputera di Semenanjung seperti Bahasa Tumbro / Namron (Siam), Bahasa Jawa (Jowo), Bahasa Bugis (Ugik), Bahasa Kampar, Bahasa Mendahiling, Bahasa Banjar, Bahasa Kerinchi, Bahasa Bawean (Phebian / Boyan), Bahasa Rawa (Rao), Bahasa Minangkabau, Bahasa Madura (Madureh), Bahasa Aceh, Bahasa Mahmeri, Bahasa Seletar, Bahasa Urak Lawoi, Bahasa Urak Kanaq, Bahasa Jah-Hut, Bahasa Sakai, Bahasa Jakun, Bahasa Orang Laut & Bahasa Che Wong yg dipertuturkan di setengah kawasan2 Semenanjung. 

  • Bahasa Melayu, (Tulisan Jawi: بهاس جاوي) merupakan transkripsi perkataan Bahasa Thai ภาษายาวี (Phasa Yawi), yang difahami oleh Orang Thai sebagai Bahasa Melayu Patani (Jawi: بهاس ملايو فطاني)

    Bahasa Melayu juga dipanggil Baso Nayu atau Kecek Nayu dituturkan secara meluas di wilayah-wilayah selatan Thailand, iaitu NarathiwatYalaPattani, dan sesetengah kawasan di Songkhla serta Satun, selain itu ia juga dituturkan di beberapa kawasan utara semenanjung Malaysia terutama sekali Kelantan dan di daerah Baling dan Sik di Kedah. Dianggarkan bahawa terdapat 3 juta orang penutur Bahasa Yawi

  • Variasi Bahasa disebabkan oleh adanya kegiatan interaksi sosial yang dilakukan oleh masyarakat atau kelompok yang sangat beragam dan dikarenakan oleh para penuturnya yang tidak homogen.
  • —Ragam bahasa ialah unsur bahasa, bukan unsur makna. Maksudnya makna yang sama boleh diungkapkan dalam beberapa ragam. Penutur-penutur bahasa Melayu haruslah mengenali ragam-raagam utama bahasa Melayu dan yang lebih penting mereka hendaklah tahu membezakan antara ragam bahasa formal  dengan tidak formal supaya tidak timbul penggunaan laras yang tidak sesuai dengan situasi-situasi tertentu.
  • Variasi Bahasa disebabkan oleh adanya kegiatan interaksi sosial yang dilakukan oleh masyarakat atau kelompok yang sangat beragam dan dikarenakan oleh para penuturnya yang tidak homogen. Dalam hal variasi bahasa ini ada dua pandangan. Pertama, variasi itu dilihat sebagai akibat adanya keragaman sosial penutur bahasa itu dan keragaman fungsi bahasa itu. Jadi variasi bahasa itu terjadi sebagai akibat dari adanya keragaman sosial dan keragaman fungsi bahasa. Kedua, variasi bahasa itu sudah ada untuk memenuhi fungsinya sebagai alat interaksi dalam kegiatan masyarakat yang beraneka ragam. Kedua pandangan ini dapat saja diterima ataupun ditolak. Yang jelas, variasi bahasa itu dapat diklasifikasikan berdasarkan adanya keragaman sosial dan fungsi kegiatan didalam masyarakat sosial. Namun Halliday membedakan variasi bahasa berdasarkan pemakai (dialek) dan pemakaian (register). Berikut ini akan dibicarakan variasi-variasi bahasa tersebut, dimulai dari segi penutur ataupun dari segi penggunanya