Section outline

  • วัตถุประสงค์

              เพื่อให้นักศึกษาเรียนรู้เกี่ยวกับประวัติความเป็นมาของวรรณคดิมลายู


    Latar Belakang

              Harus diingat bahawa pembatasan yang disebutkan di atas terus dipertikai hingga hari ini. Syed Muhammad Naquib Al-Attas di dalam bukunya yang membahaskan tentang konsep moden itu mengatakan bahawa Islam yang membawa kemodenan ke Alam Melayu. Sehubungan itu, beliau berpegang teguh kepada kecemerlangan Islam mengubah setiap aspek kehidupan umat Melayu.

              Satu daripada perubahan itu berlaku di dalam bidang persuratan. Agama Islam telah memberi sumbangan terpenting ke arah tamadun bangsa Melayu melalui penyebaran ilmu. Oleh demikian, beliau menamakan Hamzah Fansuri sebagai Bapa Kesusasteraan Melayu Moden berdasarkan ketinggian mutu karya-karya yang beliau hasilkan.

              Terpulanglah kepada para pemuka Kesusasteraan Melayu untuk menangani permasalahan ini. Modul ini tidak bertujuan untuk membincang atau membahaskannya. Semua perkara yang terkandung di dalam modul ini diasaskan kepada fakta-fakta yang sedia ada. Perkara lain yang dijadikan asas kepada kemodenan itu ialah perubahan yang berlaku dalam isi kandungan karya yang dihasilkan. Buat pertama kali karya-karya mengemukakan hal-hal yang berpijak di bumi nyata, meninggalkan kebiasaan-kebiasaan dalam Kesusasteraan Melayu Tradisional (walaupun tidak semuanya), dan karya sastera boleh dinikmati oleh semua lapisan masyarakat tanpa pengecualian. Hal-hal yang disebutkan itu akan dibicarakan di dalam bahagian lain topik ini.

              Kegiatan serupa itu berlangsung hingga sebelum Perang Dunia Kedua. Pada masa itu, muncul pengarang-pengarang yang terus menghasilkan karya yang berjejak kepada kenyataan dan dan menyentuh kehidupan masyarakat Melayu secara langsung. Semua hasil sastera telah diterbitkan dengan menggunakan teknologi percetakan. Seterusnya akan membincangkan aspek yang telah dikemukakan di atas mengikut tahap-tahapnya. Di samping itu, akan disentuh juga sejarah pertumbuhan dan perkembangan sesuatu genre, faktor-faktor yang menggalakkan pertumbuhannya, tokoh penting, dan institusi sastera yang turut menyumbang ke arah memartabatkan sastera tanah air.