โครงสร้างหัวข้อ

  • วิชา วรรณคดีสำหรับครูภาษามลายู

    รายวิชาวรรณคดีสำหรับครูภาษามลายู 

    โดยอาจารย์ซารียะห์ สตาร์ 

    เบอร์ติดต่อ 0916765067


  • บทที่ 1 คํานิยามของวรรณคดีมลายู (Pengenalan Sastera Melayu) สัปดาห์ที่ 2

    วัตถุประสงค์การเรียนรู้

    1. เพื่อให้นักศึกษาเข้าใจความหมายของวรรณคดีมลายู

    2. นักศึกษาสามารถอธิบายความหมายของวรรณคดีมลายูได้


    คํานิยามของวรรณคดีมลายู

                  Kesusasteraan ialah hasil seni yang diwujudkan dengan bahasa.Antara karya-karya yang tergolong sebagai hasil kesusasteraan ialah karangan-karangan yang bercorak prosa seperti novel, cerpen, hikayat, puisi, lirik dan drama yang menawan hati dan menyentuh perasaan; terharu, sedih, ngeri, gembira dan sebagainya.Pendapat yang ada mengatakan bahawa “kemajuan sesuatu bangsa terletak pada kemajuan kesusasteraannya”.Ini kerana struktur masyarakat tidak memiliki ciri-ciri persamaan secara keseluruhannya.Misalnya wujud perbezaan dari beberapa segi antara masyarakat kampung dengan masyarakat bandar.Begitu juga antara anggota masyarakat yang saling berbeza dari segi agama, taraf kelas, umur, bangsa, jantina dan sebagainya.Perbezaan atau kelainan ini akan membawa kepada perbezaan-perbezaan seperti ideal, cita-cita hidup dan corak masyarakat yang dihargai. Buku ini merangkumi pengenalan kesusasteraan, sastera rakyat, puisi melayu lama, pengaruh Hindu dalam kesusasteraan Melayu, pengaruh melayu zaman peralihan, pengaruh Islam dalam kesusasteraan Melayu, cerita berbingkai, sastera ketatanegaraan, kesusasteraan sejarah, kesusasteraan undang-undang, cerpen Melayu, angkatan sasterawan 50, Pendita Za’ba dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).


  • บทที่ 2 Jenis Kesusasteraan Melayu (สัปดาห์ที่ 3,4 และ 5)

    วัตถุประสงค์

    1. เพื่อให้นักศึกษาเรียนรู้เกี่ยวกับประเภทของวรรณคดิมลายู

    2. เพื่อเรียนรู้ถึงความแตกต่างของวรรณคดีมลายูแต่ละประเภท


              Secara umumnya, pengkategorian kesusasteraan Melayu akan merujuk kepada tradisional dan moden. Walaupun Kedua-dua kategori mempunyai genre prosa dan puisi serta menggambarkan cara hidup atau budaya Melayu, ciri-ciri mereka adalah berbeza. Kesusasteraan Melayu tradisional merupakan karya-karya yang telah diwarisi secara turun-temurun, disebarluaskan melalui lisan. Manakala kesusasteraan Melayu moden disebarkan melalui lisan dan tulisan. Kesusasteraan Melayu tradisional terhad kepada sesebuah masyarakat tertentu sahaja yang bersifat esklusif, dan kesusasteraan Melayu moden bersifat individu dengan adanya cipta terpelihara. Tambahan pula, kesusasteraan Melayu moden tidak lagi bersifat kolektif atau kepunyaan umum tetapi khusus dimiliki oleh pengarangnya.


  • บทที่ 3 Puisi dalam Kesusasteraan Melayu (สัปดาห์ที่ 6)

    วัตถุประสงค์

    1. เพื่อให้นักศึกษาเรียนรู้บทกวีมลายู

    2. เพื่อให้นักศึกษาสามารถแต่งบทกวีในภาษามลายูได้


              Puisi merupakan kata pinjaman dari bahasa Indonesia yang digunakan secara meluas di Malaysia. Puisi adalah satu bentuk karangan berangkap yang terikat dengan peraturan sesuatu jenis puisi itu. Bahasa puisi adalah terhad dan padat tetapi makna yang cuba disampaikan adalah mendalam. Puisi mengungkapkan sesuatu yang abstrak kepada yang nyata.

     

    Puisi Melayu tradisional juga boleh dibahagikan kepada dua pecahan iaitu:

    1. Naratif

    2. Bukan naratif

    Puisi Melayu tradisional yang berbentuk naratif terdiri daripada genre Syair sahaja.

    Manakala yang bukan naratif ialah :

    1. Pantun

    2. Gurindam

    3. Endoi

    4. Rejang

    5. Dikir/Zikir

    6. Rubai

    7. Nazam

    8. Masnawi

    9. Ghazal

    10. Berzanji

    11. Qit'ah

    12. Seloka

    13. Teromba

    14. Talibun

    15. Peribahasa berangkap

    16. Mantera

    *Nota : pengertian setiap genre akan diberikan apabila mengkaji genre tersebut.


  • บทที่ 4 Sejarah Kesusasteraan Melayu (สัปดาห์ที่ 7 กับ 8)

    วัตถุประสงค์

              เพื่อให้นักศึกษาเรียนรู้เกี่ยวกับประวัติความเป็นมาของวรรณคดิมลายู


    Latar Belakang

              Harus diingat bahawa pembatasan yang disebutkan di atas terus dipertikai hingga hari ini. Syed Muhammad Naquib Al-Attas di dalam bukunya yang membahaskan tentang konsep moden itu mengatakan bahawa Islam yang membawa kemodenan ke Alam Melayu. Sehubungan itu, beliau berpegang teguh kepada kecemerlangan Islam mengubah setiap aspek kehidupan umat Melayu.

              Satu daripada perubahan itu berlaku di dalam bidang persuratan. Agama Islam telah memberi sumbangan terpenting ke arah tamadun bangsa Melayu melalui penyebaran ilmu. Oleh demikian, beliau menamakan Hamzah Fansuri sebagai Bapa Kesusasteraan Melayu Moden berdasarkan ketinggian mutu karya-karya yang beliau hasilkan.

              Terpulanglah kepada para pemuka Kesusasteraan Melayu untuk menangani permasalahan ini. Modul ini tidak bertujuan untuk membincang atau membahaskannya. Semua perkara yang terkandung di dalam modul ini diasaskan kepada fakta-fakta yang sedia ada. Perkara lain yang dijadikan asas kepada kemodenan itu ialah perubahan yang berlaku dalam isi kandungan karya yang dihasilkan. Buat pertama kali karya-karya mengemukakan hal-hal yang berpijak di bumi nyata, meninggalkan kebiasaan-kebiasaan dalam Kesusasteraan Melayu Tradisional (walaupun tidak semuanya), dan karya sastera boleh dinikmati oleh semua lapisan masyarakat tanpa pengecualian. Hal-hal yang disebutkan itu akan dibicarakan di dalam bahagian lain topik ini.

              Kegiatan serupa itu berlangsung hingga sebelum Perang Dunia Kedua. Pada masa itu, muncul pengarang-pengarang yang terus menghasilkan karya yang berjejak kepada kenyataan dan dan menyentuh kehidupan masyarakat Melayu secara langsung. Semua hasil sastera telah diterbitkan dengan menggunakan teknologi percetakan. Seterusnya akan membincangkan aspek yang telah dikemukakan di atas mengikut tahap-tahapnya. Di samping itu, akan disentuh juga sejarah pertumbuhan dan perkembangan sesuatu genre, faktor-faktor yang menggalakkan pertumbuhannya, tokoh penting, dan institusi sastera yang turut menyumbang ke arah memartabatkan sastera tanah air.


  • บทที่ 5 Sejarah Kesusasteraan Melayu Moden (สัปดาห์ที่ 9 กับ 11)

    Kesusasteraan Melayu Moden

              Batas pemisah telah diberi untuk memudahkan pemahaman terhadap pembicaraan yang berkaitan dengan sejarah pertumbuhan dan perkembangan Kesusasteraan Melayu. Pembatasan itu membahagikan Kesusasteraan Melayu kepada dua bahagian yang utama, iaitu Kesusasteraan Melayu Tradisional dan Kesusasteraan Melayu Moden. Sebelum ini telah membincangkan pelbagai perkara mengenai Kesusasteraan Melayu Tradisional. Kesusasteraan Melayu Moden ditanda oleh karya yang dicetak dengan mesin. Boleh dikatakan bahawa Kesusasteraan Melayu Moden bermula dengan munculnya karya-karya Abdullah Munsyi.


  • บทที่ 6 Realiti Masyarakat Melayu (สัปดาห์ที่ 12)

              Golongan intelek agama di dalam sejarah perkembangan Kesusasteraan Melayu Moden bermaksud penulis yang cerdik pandai agama Islam. Mereka mempunyai latar belakang, pendidikan, kegiatan, penerbitan dan penulisan yang berunsur Islam. Kesemuanya mendapat pendidikan di Timur Tengah. Di sana mereka terdedah kepada gerakan pembaharuan Islah yang dipelopori oleh Syed Syeikh Muhammad Abduh di Kaherah. Di Tanah Melayu, gerakan ini dimulakan oleh Mohd. Tahir bin Jalaluddin al-Azhari manakala di Singapura, Syeikh Mohd. bin Salem al-Khalali yang memulakannya. Gerakan ini bertujuan untuk menghapuskan pemikiran kuno dan karut. Di samping itu, mereka berusaha meletakkan Al-Qur’an dan Hadis sejajar dengan proses pemodenan. Sehubungan itu, mereka mengajak golongan belia keluar daripada kebudayaan kuning melalui penerbitan majalah agama.

              Perbincangan ini akan bertumpu kepada Kaum Muda kerana mereka berperanan besar dalam pertumbuhan novel sebelum Perang Dunia Kedua. Tokoh-tokoh yang dimaksudkan ialah Syed Syeikh al-Hadi, Ahmad Rasyid Talu, dan Haji Ahmad Ismail. Syed Syeikh al-Hadi dengan novel Hikayat Faridah Hanum (1926) digelar sebagai Bapa Penovelan Saduran. Selepas beliau, muncul pula Ahmad Rasyid Talu. Novelis ini ialah orang yang pertama menghasilkan novel Melayu asli. Beliau digelar Bapa Novel Melayu Asli. Novel pertama karangan Ahmad Rasyid Talu ialah Kawan Benar (1927). Tokoh ketiga ialah Haji Ahmad Ismail yang menulis novel Cogan Setia (1929).


  • บทที่ 7 Kritikan Sastera (สัปดาห์ที่ 13)

              Selain penulis agama, wujud pula guru sebagai penulis yang memberi sumbangan di dalam bidang penulisan. Penulis guru ialah golongan yang bekerja sebagai guru dan secara sambilan menghasilkan karya sastera. Mereka dilatih di Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI), Tanjong Malim, Perak. Di Maktab itu mereka terdorong untuk menulis kerana kewujudan badan yang bersifat bahasa dan sastera, iaitu Pejabat Karang Mengarang. Mereka menghasilkan karya untuk membawa masyarakat ke arah kemajuan dan mengubah cara berfikir orang Melayu. Kesedaran demikian timbul kerana dipengaruhi idea penulis agama dan karya-karya dari Indonesia.

              Tokoh-tokoh penulis guru ialah Harun Muhammad Amin (Harun Aminurrashid), Abdullah Sidek, Ahmad Bakhtiar, Ahmad Murad Nassaruddin, dan Za’ba. Za’ba merupakan orang Melayu yang pertama memperkatakan persuratan Melayu moden di dalam Journal of Malayan Branch of the Royal Asiatic Society (JMBRAS) seperti Recent Malay Literature (1941).


  • ผลิตสื่อ (สัปดาห์ที่ 14)

  • การแสดงบูรณาการกับรายวิชา (สัปดาห์ที่ 15)

  • ทบทวนเนื้อหา (สัปดาห์ที่ 16)