Section outline
-
BAB III
Kata pinjaman terpilih dalam bahasa Melayu
Apabila diteliti kata pinjaman dalam bahasa Melayu didapati kebanyakan perkataan tersebut adalah daripada bahasa Inggeris. Hal ini disebabkan bahasa Inggeris pernah menjadi bahasa pengantar dalam sistem pendidikan di Malaysia dan Brunei Darusslam. Selain tiu, didapati banyak perkataan pinjaman yang orang Melayu menggunakan dalam percakapan mahupun penulisan dengan tanpa disedari bahawa kosa kata tersebut telah dipinjam daripada bahasa asing seperti mana kata Za’ba :
“Maka kebanyakan perkataan pinjaman ini tiasa kita perasan lagi akan asalnya daripada bahasa asing melainkan disangka ialah perkataan Melayu betul…. .”
Kata pinjaman terpilih dalam bahasa Melayu terdiri daripada golongan adat istiadat, aeroangkasa, botani, konomi, kesihatan dan perubatan, ketenteraan, makanan, media, minuman, pakaian, pelancongan, pendidikan, penerbitan, pengangkutan, sosiologi keluarga, sukan, tempat tinggal dan undang-undang. Comtoh kata-kata pinjaman tersebut dapat disaksikan di bawah:
- Adat istiadat
Kata-kata yang dipinjam
Bahasa Inggeris
Makna dalam Bm
Pinjaman dari bahasa
acara
event
Rancangan atau perkara yang akan dilakukan, dipertunjukkan, dibincangkan dsb dalam sesuatu perjumpaan, agenda atau program.
BM meminjam BI,
BI meminjam Bahasa sanskrit
agenda
agenda
Item yang diperlu dipertimbangkan.
BM meminjam BI,
BI meminjam Bahasa Latin
anugerah
award
Pemberian berupa hadiah dan sebagainya yang tinggi dan besar nilainya.
BM meminjam BI,
BI meminjam Bahasa Sanskrit
konvensyen
convention
Perhimpunan terdiri dari ahli-ahli atau wakil-wakil pertubuhan politik.
Bahasa Inggeris
konvokesyen
convocation
Perhimpunan universiti untuk upacara penyampaian ijazah atau istiadat menyampaikan ajazah(kepada mahasiswa).
Bahasa Inggeris
protokol
protocol
- · KD;Peraturan-peraturan dalam istiadat rasmi (menyambut tetamu-tetamu negara dll)
- · OX; peraturan rasmi atau sistem peraturan tentang majlis negara atau diplomatic.
BM meminjam BI,
BI meminjam Bahasa Greek (protokollon)
upacara
ceremony
Kerja , taat setia kepada adat istiadat, perayaan
KD : majlis menurut peraturan.
BM meminjam BI,
BI meminjam Bahasa Sanskrit
- Aeroangkasa
Kata-kata yang dipinjam
Bahasa Inggeris
Makna dalam Bm
Pinjaman dari bahasa
altitud
altitude
Ketinggian sesuatu objek dalam ruang angkasa atau titik relative kepada permukaan laut atau permukaan udara.
BM meminjam BI,
BI meminjam Bahasa Latin (altitudo)
atmosfera
atmosphere
KD; lapisan udara yang melingkungi bumi (yang terdiri daripada bahan-bahan gas).
BM meminjam BI,
BI meminjam Bahasa Greek
Koridor
corridor
KDW;ruang yang sempit dan panjang untuk orang berjalan (dalam bangunan, dan lain-lain)
KD;laluan yang menghubungkan satu bahagian dengan bahagian lain dalam sesebuah bangunan.
BM meminjam BI,
BI meminjam bahasa Latin
orbit
orbit
KD;Laluan yang diikuti oleh sesuatu planet, satelit dan sebagainya dalam pergerakannya mengelilingi jasad cekerawala yang lain di bawah pengaruh graviti.
BM meminjam BI,
BI meminjam Bahasa Latin (orbita)
radar
radar
Alat untuk mengesan arah dan jarak jauh kapal (kapal terbang dll) dengan gelombang radio
Bahasa Inggeris
toket
rocket
KD;Sejenis pesawat berbentuk silinder yang dilancarkan dengan ledakan.
BM meminjam BI,
BI meminjam Kata Italy (rochetta
satelit
satellite
KD; alat buatan manusia yang ditembakkan ke angkasa supaya mengelilingi bumi dan lain-lain untuk perhubungan dan penyelidian.
BM meminjam BI,
BI meminjam Bahasa Latin
simulator
simulator
Sistem atau alat yang direka bentuk untuk meniru keadaan tertentu atau ciri-ciri sesuatu proses (untuk tujuan kajian atau latihan).
Bahasa Inggeris
BM meminjam BI,
BI meminjam Bahasa Latin
transponder
transponder
Alat yang menerima isyarat dan memandarkannya semula pada frekuensi yang berbeza.
Bahasa Inggeris
- Botani
Kata-kata yang dipinjam
Bahasa Inggeris
Makna dalam Bm
Pinjaman dari bahasa
botani
KD; Cabang biologi yang berkaitan dengan kehidupan tumbuh-rumbuhan.
BM meminjam BI,
BI meminjam Bahasa Greek
dahlia
dahlia
KDW; bunga dahlia
KD; sejenis tumbuhan yang akarnya berakar umbi dan bunganya berwarna-warni.
BM meminjam BI,
BI meminjam Bahasa Mexico
daisi
daisy
Sejenis bunga kecil, biasanya tumbuh liar di negara Eropah, berwarna dengan tengahnya berwarna kuning.
Inggersi purba
kekwa
chrysanthemum (Bahasa Latin)
Bunga yang berwarna putih, kuning, atau merah jambu. Bunga kekwa banyak ditanam di negara china sejk abad ke-15, kemudian dibawa ke dunia Barat pada abad ke-17 dan dibawa ke dunia Melayu oleh orang CIna yang berhijrh untuk mencari nafkah hidup.
Bahasa Cina (kengwa
lili
lily
Satu daripada family tumbuhan yang terbesar dan tterpenting di dunia. Terdapat beberapa jenis dan nama bagi bunga lili dalam bahasa Melayu seperti teratai, seroja, dan telapok.
BM meminjam BI,
BI meminjam Bahasa Latin (lilium)
Orkid
orchid
Sejenis tumbuhan yang ditanam di darat dan bunganya kelihatan berwarna terang dan cantik.
BM meminjam BI,
BI meminjam Bahasa Latin
Ros
rose
Bunga ini dipanggil banga mawar dalam bahasa Melayu. Bunga ros menjadi simbol kasih dan kerap diberikan oleh seseorang sebagai hadiah bagi melahrikan perasaan cinta kepada seseorang yang lain pada Hari Kekaksih (valentine Day)
BM meminjam BI,
BI meminjam Kata Latin (rosa)
Tulip
tulip
Berasal dari Eropah selatan dan Asia ditanam sebagai tanaman kebun bunga (garden plant) yang popular. Bunga ini banyak ditanam di Belanda dan dianggap sebagai bunga kebangsaan negara Belanda. Pokok tulip sebenarnya berasal dari Negara Turki yang dikenali sebagai tulbent.
Tidak jelas
Violet
violet
Warna lembayung dan sejenis bunga
BM meminjam BI,
BI meminjam Bahasa Perancis Purpa
Dan berasal daripada kata Latin
- Ekonomi
Kata-kata yang dipinjam
Bahasa Inggeris
Makna dalam Bm
Pinjaman dari bahasa
ekonomi
economy
Ilmu berkenaan dengan asas pengeluaran, pembahagian, penggunaan barang-barang dan perkhidmatan serta masalah kewangan yang bersangkutan dengannya.
BM meminjam BI,
BI meminjam Bahasa Greek
akaun
account
Sejumlah wang yang disimpan di sebuah institusi bank oleh seorang pelabur dan jumlah dalam buku tersebut disebut sebagai buku akaun.
BM meminjam BI,
BI meminjam Bahasa Perancis
bank
bank
KD; institusi yang menawarkan perkhidmatan kewangan seperti jagaan wang, pertukaran mata wang, pemberian pinjaman dan terimaan bil pertukaran.
BM meminjam BI,
BI meminjam Bahasa Italy Purba (banca)
Bahasa Perancis (banque)
barter
barter
Tukar menukar barang
KD; perdagangan dengan cara tukar menukar barang
BM meminjam BI,
BI meminjam Bahasa Perancis
bursa
bourse
Tempat memperjuabelikan syer (saham, barangan dsb, iaitu pasar saham (barangan) (ตลาดหุ้น)
Daripada Bahasa Indonesia meminjam bahasa Belanda dan Belanda meminjam Bahasa Perancis
cek
cheque
KE; bil pertukaran yang sah yang dikeluarkan oleh bank dan boleh ditukarkan dengan wang tunai.
BM meminjam BI,
BI meminjam Bahasa Perancis
debit
Debit
KD; catatan jumlah wang yang dikeluarkan daripada akaun bank orang seseorang.
BM meminjam BI,
BI meminjam Kata Latin
deposit
Deposit
Penyimpanan wang yang tertentu dalam bank.
BM meminjam BI,
Indonesia meminjam Belanda
kredit
Credit
Wang yang dipinjamkan, piutang, kemudahan membayar terkemudian daripada penerimaan barang, dan butir pembayaran.
BM meminjam BI,
BI meminjam Bahasa Perancis
komoditi
commodity
Barangan yang diperdagangkan, terutamanya keluaran ladang, bahan mentah, dan bahan galian.
BM meminjam BI,
BI meminjam Bahasa Perancis
modal
Capital
Wang atau harta yang dipergunakan sebagai pangkal atau pokok untuk berniaga.
Bahasa Tamil
monopoli
Monopoly
Berdagang sendiri dengan mengecualikan orang lain, tidak mempunyai saingan (dalam perniagaan)
BM meminjam BI,
BI meminjam Bahasa Greek
- Kesihatan dan perubatan
Kata-kata yang dipinjam
Bahasa Inggeris
Makna dalam Bm
Pinjaman dari bahasa
aedes
Aedes
Sejenis nyamuk yang membiak di dalam air bertakung yang menjadi pembawa penyakit demam denggi (ยุงลาย)
BM meminjam BI,
BI meminjam Bahasa Latin
anemia
Anemia
Kekurangan bilangan sel darah merah atau kekurangan pigmen hemoglobin.
BM meminjam BI,
BI meminjam Bahasa Greek
anatomi
Anatomy
Kajian atau pengetahuan mengetahui binaan tubuh dan sebagainya hidupan hidupan (manusia, binatang, atau tumbuh-tumbuhan), kaji bin tubuh.
BM meminjam BI,
BI meminjam Bahasa Latin
biopsi
Biopsy
Pengambilan sedikit tisu hidup daripada organ atau sebahagian tubuh untuk pemeriksaan makmal
BM meminjam BI,
BI meminjam kata Yunani
denggi
Dengue
Sejenis penyakit virus yang berjangkit melalui gigitan nyamuk Aedes.
BM meminjam BI,
BI meminjam Bahasa Swahili
embrio
Embryo
Sesuatu yang tumbuh dalam badan.
BM meminjam BI,
BI meminjam Bahasa Latin
hospital
hospital
Sebuah institusi yang memberikan rawatan perubatan, surgery dan psikitari untuk orang sakit dan yang cedera.
BM meminjam BI,
BI meminjam Bahasa Perancis purba
klinik
Clinic
Tempat untuk memberi diagnosis dan merawat pesakit luar.
BM meminjam BI,
BI meminjam Bahasa Latin
kronik
Chronic
Kekal masa yang lama.
BM meminjam BI,
BI meminjam BahasaPerancis
stres
Stress
Tekanan atau keadaan resah, cemas, tegang dsb.
BM meminjam BI,
BI meminjam Bahasa Latin
toksin
Toxin
Bahan beracun yang dihasilkan oleh bakteria dalam organisma hidup atau mati yang boleh menyebabkan penyakit tertentu.
BM meminjam BI,
BI meminjam Bahasa Latin
virus
Virus
Istilah perubatan yang digunakan untuk merujuk sejenis kuman yang lebih halus daripada bakteria.
BM meminjam BI,
BI meminjam Bahasa Latin
- Ketenteraan
Kata-kata yang dipinjam
Bahasa Inggeris
Makna dalam Bm
Pinjaman dari bahasa
admiral
Admiral
Ketua angkatan laut dalam tentera laut.
BM meminjam BI,
BI meminjam Bahasa Arab
leftenan
Lieutenant
Salah satu jawatan pegawai tentera dalam angkatan tentera. Pangkat yang bertauliah ini rendah sedikit daripada pangkat kapten.
BM meminjam BI,
BI meminjam Bahasa Perancis Purba
kapten
Captain
Pegawai tentera yang berpangkat antara leftenan dengan mejar.
BM meminjam BI,
BI meminjam Bahasa Latin
kolonel
Colonel
Pengkat dalam angkatan tentera di antara leftenan colonel dan brigedier, pegawai tentera yang berpangkat satu tingkat di bawah brigedier.
BM meminjam BI,
BI meminjam Bahasa Perancis
mejar
Major
Istilah ketenteraan yang digunakan untuk merujuk pegawai tentera yang mempunyai kedudukan lebih tinggi daripada kapten, tetapi berada di bawah leftenan colonel.
BM meminjam BI,
BI meminjam Bahasa Latin
batalion
Battalion
Pasukan tentera
BM meminjam BI,
BI meminjam Bahasa Perancis
briged
Brigade
Sepasukan tentera yang terdiri daripada beberapa batalion.
BM meminjam BI,
BI meminjam Bahasa Perancis
divisyen
Division
Unit tentera yang merupakan sebahagian daripada kor, biasanya terdiri daripada 10 ribu hingga 15 ribu orang anggota dan dibahagikan kepada tiga briged.
BM meminjam BI,
BI meminjam Bahasa Perancis
garison
garrison
Pasukan tentera yang mempunyai tempat yang tetap di suatu kota.
BM meminjam BI,
BI meminjam Bahasa Perancis Purba
infantri
Infantry
Pasukan tentera berjalan kaki
BM meminjam BI,
BI meminjam Bahasa Perancis
kor
Corps
Bahagian daripada askar yang mempunyai fungsi tertentu.
BM meminjam BI,
BI meminjam Bahasa Perancis
platun
Platoon
Satu pasukan tentera (20 orang hingga 40 orang yang dipimpin oleh seorang leftenan
BM meminjam BI,
BI meminjam Bahasa Perancis
skuadron
Squadron
Unit tentera udara yang terdiri daripada 10 buah hingga 18 buah pesawat terbang; pasukan tentera darat yang terdiri daripada kira-kira 100 orang anggota yang merupakan sebahagian daripada rejimen, dan biasanya dibahagikan kepada tiga trip; dan unit tentera laut yang terdiri daripada dua buah kapal atau lebih yang sama jenisnya.
BM meminjam BI,
BI meminjam kata Italy
- Makanan
Kata-kata yang dipinjam
Bahasa Inggeris
Makna dalam Bm
Pinjaman dari bahasa
baulu
sponge cake
Sejenis kuih yang diperbuat daripada tepung, telur dan gula.
BM meminjam BI,
BI meminjam bahasa Portugis
burger
Burger
Kepingan daging kisar (yang sudah dibubuhi rempah-rempah) yang digoreng atau dipanggang dan dimasukkan ke dalam sejenis roti.
Sebuah bandar di Germany Hamburg
capati
Cappati
Sejenis roti nipis yang dibuat daripada tepun atta (yang berasal dari India).
India
cef
Chef
Tukang masak utamadi hotel, restoran dan sebagainya, dan ketua jurumasak.
BM meminjam BI,
BI meminjam bahasa Perancis
kek
Cake
Sejenis kuih yang dibuat daripada adunan tepung mentega, gula dll, dan dibakar.
BM meminjam BI,
BI meminjam bahasa Norse Purba
kuetiau
Flat rice noodles
Sejenis makanan yang dibuat daripada tepung beras dan dimasak atau digoreng seperi mi.
Bahasa Cina
laksa
Laksa
Sejenis mi atau makaroni
Hindi
Parsi
Cina
mi
Noodles
Lapisan nipis doh yang kering
Cina
nan
nan bread
BM meminjam BI,
BI meminjam bahasa Parsi
pai
Pie
Sejenis makanan berupa pastri yang berintikan daging atau buah-buahan
BM meminjam BI,
BI meminjam bahasa Latin Pertengahan
pau
Pau
Kuih yang gebu dan berinti kacang merah, daging dan sebagainya.
Bahasa Cina
perata
perata
Roti leper yang bentuknya bulat atau segi empat yang adunan tepungnya ditebar, dilipat dan kemudian dimasak
Bahasa India
piza
pizza
Sejenis makanan yang berasal dari Itali yang diperbuat daripada doh dengan campuran berempah sos tomato, daging, keju, dll.
BM meminjam BI,
BI meminjam bahasa Itali
resipi
recipe
Senarai bahan (ramuan) dan peraturan yang diperlukan untuk menyediakan sesuatu masakan dan makanan.
BM meminjam BI,
BI meminjam bahasa Latin
restoran
restaurant
Kedai tempat makanan dan minuman dijual.
BM meminjam BI,
BI meminjam bahasa Perancis
roti
bread
Sejenis makanan yang diperbuat daripada tepung gandum dll.
BM meminjam BI,
BI meminjam bahasa Sanskrit
Roti canai
grinded bread
Perata roti leper yang bentuknya bulat atau empat segi yang adunan tepungnya ditebar, dilipat, lalu dimasak.
Bahasa Tamil
tose
savory pancake
Beras dan sejenis dal dikisar bersama air supaya menjadi tepung basah. Adunan tersebut dibiarkan sehingga menjadi masam. Selepas itu, adunan itu dicurahkan di atas kuali leper dalam bentuk bulat, dipanggang menjadi tose.
Bahasa Tamil
sandwic
sandwich
Makanan yang terdiri daripada dua keeping roti atau lebih yang berkepit dan berisi lauk seperti sardine, telur di tengah-tengahnya.
Bahasa Inggeris
wade
vade
Makanan India yang dibuat daripada kacang hitam
Bahasa Tamil
- Media
Kata-kata yang dipinjam
Bahasa Inggeris
Makna dalam Bm
Pinjaman dari bahasa
akhbar
newspaper
Media cetak yang berfungsi sebagai sebagai alat untuk menyebarkan berita.
Bahasa Arab
blog
blog
Tapak web yang membolehkan pengguna menulis dan menyimpan diari, atau jurnal secara elektronik.
Bahasa Inggeris
e-mel
e-mail
Kata singkatan daripada kata majmuk electronic mail dam mula digunakan dalam ruang siber sejak tahun 1980-an.
Bahasa Inggeris
faks
Fax
Dokumen dan sebagainya yang dihantar melalui sistem pengimbasan secara elektronik melalui talian telefon dsb.
Bahasa Inggeris
fotograf
photograph
Gambar yang diambil dengan kamera, gambar foto.
Bahasa Inggeris
internet
internet
Rangkaian komputer antarabangsa yang membolehkan pengguna komputer di seluruh dunia berhubung antara satu sama lain dan mencapai maklumat pangkalan data dari seluruh dunia.
Bahasa Inggeris
iklan
advertisement
Pemberitahuan untuk umum
Bahasa Arab
radio
radio
Pemancaran(penghantaran, pengiriman, siaran) bunyi dll menerusi udara.
Bahasa Inggeris
televisyen
television
Penyiaran atau pemancaran gambar hidup berserta bunyi menerusi kabel atau udara pada skrin atau kca peti televisyen.
Bahasa Inggeris
- Minuman
Kata-kata yang dipinjam
Bahasa Inggeris
Makna dalam Bm
Pinjaman dari bahasa
cendol
cendol
Sejenis minuman sejuk yang terdiri daripada campuran isi berwarna hijau (dibuat daripada tepung beras dan air pandan).
Bahasa Jawa
cincau
grass jelly
Sejenis minuman manis yang mengandungi potongan agar-agar air daun cincau.
Bahasa Cina
kafe
cafe
Restora
Bahasa Turkey
kapucino
cappiccino
koko
cocoa
kopi
coffee
serbat
sherbet
teh
tea
- Pakaian
- Pelancongan
- Pendidikan
- Penerbitan
- Pengangkutan
- Sosiologi keluarga
- Sukan
- Tempat tinggal
- Undang-undang
KD = Kamus Dewan
OX = Online Oxford English Dictionary
KDW=Kamus dwibahasa Bahasa Inggeris-Bahasa Malaysia
KE= Kamus Ekonomi
-
Sila pandukan isi melalui file yang diselitkan
-
sila pandukan isi secara ringkas melalui power point diselitkan