الخطوط العريضة للقسم

  • Syair

    Syair merupakan sejenis puisi berlagu. Ia berasal dari Parsi dan telah dibawa masuk ke Nusantara bersama-sama dengan kedatangan Islam. Syair telah diubahsuaikan mengikut kesesuaian Bahasa Melayu Klasik ketika itu.

    Gurindam

    Gurindam ialah satu lagi bentuk puisi Melayu lama yang berasal dari bahasa Tamil. Pendita Dr. Zaaba berpendapat bahawa gurindam dan seloka itu sama sahaja, iaitu satu jenis syair melarat yang tiada teratur, berangkap dan tidak tetap sukatan sajaknya dan sukukatanya.

    Seloka

    Seloka berasal dari bahasa Sanskrit. Bentuk ini asalnya terdapat dalam kitab-kitab tua India Mahabharata dan Ramayana, mempunyai sajak yang sederhana dan terdiri dari empat perkataan dan delapan sukukata pada tiap-tiap baris.

    • PUISI TRADISIONAL - SYAIR