โครงสร้างหัวข้อ

  • 121112014 วรรณคดีมลายูเบื้องต้น


    Selamat Datang

    Aj. Manavavee Mamah

     Hp: 087-2930971


  • Unit I: Pengenalan Kesusasteraan

    DEFINISI

     Perkataan sastera berasal daripada bahasa sanskrit iaitu "castra". Susastera yang bermaksud kata yang membawa maksud khusus iaitu : Su indah, baik,, lebih berfaedah 

    Sastera huruf atau buku (ke) susastera (an) kumpulan buku-buku yang indah bahasanya dan baik isinya

     J.S Badudu

    Sastera harus ditinjau dari dua segi iaitu bahasa dan isi

     Hashim Awang

    Ciptaan senia yang disampaikan melalui bahasa.


  • Unit II: Fungsi Kesusasteraan

    FUNGSI KESUSASTERAAN

    Semua karya kesusasteraan yang dihasilkan oleh pengarang adalah untuk bacaan pembaca atau masyarakat. Karya dan pembaca saling memerlukan dan lengkap-melengkapi. Apa jua karya yang tidak mendapat sambutan pembaca dianggap tidak berjaya. Oleh sebab itu, dapat disimpulkan bahawa kumpulan sasaran sesebuah karya ialah khalayak. Sehubungan itu, pengarang menetapkan tujuan sebelum menulis. Di sinilah bermulanya penelitian tentang peranan dan fungsi kesusasteraan kepada khalayak. Namun begitu, fungsi itu dilihat dari dua sudut, iaitu fungsi sastera kepada khalayak dan fungsi sastera kepada pengarang.

  • Unit III: Jenis dan Bentuk Kesusasteraan

    Sastera rakyat merupakan satu dunia yang luas, ia merangkumi segala pengucapan indah-indah yang lahir di kalangan, dan tidak saja merujuk kepada cerita rakyat. Secara kasarnya sastera rakyat boleh dibahagikan kepada 2 kategori yang besar, iaitu sastera rakyat naratif dan sastera rakyat bukan naratif. SASTERA RAKYAT / LISAN

  • Unit IV: Sastera Istana (Tulisan)

    •Mula diperkenalkan selepas penerimaan Islam

     kira-kira pada abad ke-15. •Terdapat dalam kalangan bangsawan dan istana.

    Sastera epik• Disebut juga sastera pahlawan dan bersifat sejagat iaitu genre ini terdapat dalam kebanyakan sastera dunia• Sastera Romawi, Yunani, Jerman dan Inggeris mengemukakan konsep kepahlawanan yang sama dalam hasil karya epiknya


  • Unit V: Puisi Rakyat

    Pengertian Puisi Rakyat

     Puisi rakyat ialah warisan bangsa yang berupa puisi, syair, pantun, dan gurindam, yang memiliki nilai pesan moral, agama, dan budi pekerti. 

    Kemudian menurut James Danandjaja, puisi rakyat merupakan kesusastraan rakyat yang sudah ditentukan bentuknya, biasanya terdiri dari beberapa deret kalimat, atau berbentuk mantra (dibacakan lisan), panjang pendek suku kata, lemah tekanan suara, atau hanya berdasarkan irama.


  • UNIT VI: KESUSASTERAAN MODEN

    Pengertian Sastra Lama dengan Sastra Modern

    Sastra lama adalah jenis sastra yang berkembang pada masa masyarakat tradisional. Misalnya: pantun, syair, hikayat, legenda, mite, sage, parabel, dan fabel.

    Sastra modern adalah sastra yang hidup dan berkembang di kehidupan masayarakat modern. Misalnya: prosa, cerpen, novel, roman, puisi, dan drama.


  • Unit VII: Tokoh-tokoh Kesusasteraan

    TOKOH-TOKOH KESUSASTERAAN MELAYU

    Terdapat beberapa tokoh-tokoh yang terkenal dalam Kesusasteraan Melayu kerana jasa mereka menyumbangkan hasil-hasil karya. Antaranya:
    1. Tun Sri Lanang
    2. Hamzah Fansuri
    3. Raja Ali Haji
    4. Abdullah Munsyi
    5. Syed Syeikh al-Hadi
    6. Ahmad Rashid Talu
    7. Abdul Rahim Kajai
    8. Muhammad Yassin Maamur
    9. Ishak Haji Muhamma

    • 14 Orang Sasterawan Negara

    • Hidup Bersama - A. Samad Said


  • Unit VIII: Cerpen Melayu

    Pengertian Cerpen

    •Cerpen (cerita pendek) adalah jenis karya sastra berbentuk prosa dan bersifat fiktif yang menceritakan/menggambarkan suatu kisah yang dialami oleh suatu tokoh secara ringkas disertai dengan berbagai konflik dan terdapat penyelesaian atau solusi dari masalah yang dihadapi.
    •Cerita pendek memberikan kesal tunggal atau fokus pada satu tokoh, mempunyai kurang dari 10.000 kata dan didalamnya terdapat klimaks (puncak masalah) dan penyelesaian. Cerpen cenderung singkat, padat, dan langsung pada tujuannya.

  • Unit IX: Pantun

    Pantun merupakan satu di antara karya sastra yang masih populer hingga saat ini. Jadi, pantun adalah jenis puisi lama yang tiap baitnya terdiri atas empat baris serta memiliki sampiran dan isi

    Menurut Kamus Besar Bahasa Indonesia (KBBI), pantun adalah bentuk puisi Indonesia (Melayu), tiap bait (kuplet) biasanya terdiri atas empat baris yang bersajak (a-b-a-b). Pantun berasal dari bahasa Minangkabau 'patuntun', yang berarti penuntun. Awalnya, pantun merupakan satu di antara bentuk dari sastra lisan. Namun, saat ini sudah sering dijumpai pantun dalam bentuk tertulis. Kemudian seiring berjalannya waktu, pantun telah berkembang sebagai media penuturan pesan dengan permaianan kata-kata. Di sisi lain, dalam pembuatan tidak bebas. Saat menyusunnya, pantun terikat pada aturan-aturan tertentu. Itulah mengapa, penting memahami secara mendalam mengenai pantun, mulai dari ciri-ciri pantun, jenis hingga contohnya. Berikut ini rangkuman mengenai pengertian pantun menurut ahli, ciri-ciri, struktur jenis beserta contohnya


  • Unit X: Syair Gurindam dan Seloka

    Syair

    Syair merupakan sejenis puisi berlagu. Ia berasal dari Parsi dan telah dibawa masuk ke Nusantara bersama-sama dengan kedatangan Islam. Syair telah diubahsuaikan mengikut kesesuaian Bahasa Melayu Klasik ketika itu.

    Gurindam

    Gurindam ialah satu lagi bentuk puisi Melayu lama yang berasal dari bahasa Tamil. Pendita Dr. Zaaba berpendapat bahawa gurindam dan seloka itu sama sahaja, iaitu satu jenis syair melarat yang tiada teratur, berangkap dan tidak tetap sukatan sajaknya dan sukukatanya.

    Seloka

    Seloka berasal dari bahasa Sanskrit. Bentuk ini asalnya terdapat dalam kitab-kitab tua India Mahabharata dan Ramayana, mempunyai sajak yang sederhana dan terdiri dari empat perkataan dan delapan sukukata pada tiap-tiap baris.