Section outline

  • Perbendaharaan kata bahasa Melayu yang berasal dari bahasa Arab cukup banyak, diperkirakan sekitar 2,000 - 3,000. Namun kelazimannya tidak terlalu besar. Secara relatif diperkirakan jumlah ini antara 10 % - 15 %. Sebagian kata-kata Arab ini masih utuh dalam erti yang sesuai antara sebutan dan maknanya, dan ada sebahagian lagi berubah.

    Jenis Pinjaman:

    Sebutan dan erti masih sama dengan asalnya

    • abad, abadi, abah, abdi, adat, adil, amal, aljabar, almanak, awal, akhir
    • bakhil, baligh, batil, barakah
    • daftar, hikayat, ilmu, insan, hikmah, halal, haram,
    • khas, khianat, khidmat, khitan, kiamat
    • musyawarah, markas, mistar, mahkamah, musibah, mungkar, maut
    • kitab, kuliah, kursi, kertas, nisbah, nafas
    • syariat, ulama, wajib, ziarah.

    Sebutan berubah, erti masih sama

    • berkah, barakat, atau berkat dari perkataan "barakah"
    • darjat dari perkataan "darajah"
    • khabar dari perkataan "khabar"
    • lafaz dari perkataan "lafazh"
    • zalim dari perkataan "zhalim"
    • makalah dari perkataan "maqalah"
    • masalah dari perkataan "mas-alah"
    • mungkin dari perkataan "mumkin"
    • rasmi dari perkataan "rasmiy"
    • soal dari perkataan "su'aal"
    • rezeki dari perkataan "rizq"
    • Sakarat dari perkataan "Sakkarat"
    • Nama-nama hari dalam seminggu : Ahad ("Al Ahadu"), Isnin (Al Ithnaini"), Selasa (Ath-Thulasa"), Rabu ("Al-Arbi'a"), Khamis ("Al Khamis"), Jumaat ("Al Jumu'ah'") dan Sabtu ("As Sabtu")