โครงสร้างหัวข้อ

  • 121112013 อักขระยาวี


    ڤنشاره: مأنواوي مامأ

    نمبور تليفون تاڠن:0872930971

  • การแนะนำรายวิชา

    ประวัติความเป็นมาของอักษรยาวี พยัญชนะ สระ

    เครื่องหมายวรรคตอน ระบบการสะกด และการออกเสียง

    การอ่าน และเขียนข้อความภาษามลายู ด้วยอักษรยาวี

    การแปลงข้อความอักษรรูมีเป็นอักษรยาวี


  • UNIT I: SEJARAH TULISAN JAWI

    Tulisan Jawi (توليسن جاوي) atau Abjad Jawi, juga dipanggil Pegon dan Gundhil di daerah Jawa, Jawoë di Aceh Darussalam, Yawi di Pattani dan Jawi di Sumatera (RiauJambi, dan Sumatera Barat), Malaysia serta Brunei Darussalam menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, tulisan Jawi bermaksud huruf-huruf Arab dengan beberapa huruf tambahan yang digunakan untuk menulis dalam bahasa Melayu.[1][2] Manakala huruf Jawi bermaksud huruf Arab dengan beberapa huruf tambahan yang digunakan untuk menulis dalam bahasa Melayu.

    Tulisan Jawi merupakan salah satu daripada dua sistem tulisan rasmi di Brunei, dan juga dijadikan sistem tulisan alternatif di Malaysia. Dari segi penggunaannya, tulisan Jawi dahulunya merupakan abjad piawai bahasa Melayu tetapi sudah diganti oleh abjad Rumi, maka penulisan Jawi hanya terhad kepada kegunaan dalam hal ehwal keagamaan dan kebudayaan. Penulisan Jawi seharian dipelihara di kawasan-kawasan yang diduduki masyarakat Melayu yang lebih konservatif, misalnya Sulu di FilipinaPattani di ThailandKelantan di Malaysia dan beberapa kawasan petempatan Melayu di Indonesia.


  • UNIT II: SEJARAH PERKEMBANGAN JAWI

    perkembangan ejaan Jawi peringkat pertama ini telah melalui empat tahap, iaitu menggunakan tulisan dan  ejaan Aarab sepenuhnya, menghilangkan tanda baris tetapi mengekalkan ejaan dan huruf sedia, mewujudkan huruf-huruf saksi dan menggunakan huruf saksi pada suku kata pertama dan kedua.

  • UNIT III: ABJAD DAN HURUF JAWI

    Tulisan Jawi ditulis (dan dibaca) dari kanan ke kiri (seperti sistem tulisan bahasa Arab). Sistem tulisan ini tidak mempunyai huruf besar atau huruf kecil seperti tulisan Rumi, tetapi perubahan bentuk huruf akan berlaku bagi beberapa huruf tertentu apabila dirangkaikan dengan huruf yang lain dalam penulisan sesuatu perkataan. 

    2.2 Abjad Jawi bahasa Melayu sekarang mengandungi 37 huruf bentuk tunggal yang tersusun  

  • KAEDAH PENULISAN HAMZAH

    Huruf hamzah boleh hadir di awal perkataan (biasanya pada nama khas bukan Melayu) dan ditulis di tengah garisan tanpa “rumah” tetapi didekatkan dengan huruf yang hadir selepasnya. 



  • UNIT IV: PELAMBANG VOKAL

    Dalam sistem ejaan Jawi sekarang, ada empat huruf vokal dan dua gabungan huruf vokal (digraf) yang digunakan bagi melambangkan enam fonem vokal atau bunyi vokal baku, iaitu [a], [i], [é], [e], [o] dan [u]. Huruf-huruf tersebut ialah alif, ya, ye (ya tanpa titik) dan wau serta gabungan huruf alif-ya dan alif-wau. 

  • UNIT V: PELAMBANGAN DIFTONG

    Dalam Bahasa Melayu, terdapat tiga jenis huruf diftong yang dieja dengan gabungan huruf vokal iaitu;

    1. ai
    2. au
    3. oi

    Secara lebih terperinci, diftong ialah:

    1. Gabungan dua bunyi vokal yang dilafazkan secara berterusan dalam satu hembusan nafas. 
    2. Terhasil apabila bunyi satu vokal menggeluncur dengan cepatnya ke suatu vokal lain. 
    3. Ia dianggap sebagai satu suku kata, dan dilambangkan oleh dua vokal tetapi bertindak sebagai satu fonem. Ertinya, lidah pada mulanya diletakkan pada keadaan sebagaimana membunyikan sesuatu vokal, kemudian digeluncurkan ke arah membunyikan vokal yang lain. 
    4. Terdapat tiga jenis diftong iaitu: ai, au dan oi
    5. Untuk menghasilkan bunyi diftong ai, lidah berkeadaan sebagaimana membunyikan vokal “a”, dan secara cepat geluncurkan lidah ke arah membunyikan vokal “i” pula. Begitu juga cara membunyikan diftong au, dan oi. 

    Contoh perkataan diftong

    ai - gulai, balai, tapai, tembikai, sidai, keldai, kedai, gerai, buai, cuai, misai, petai, pantai, lantai, rantai, teratai, sungai

    au - aurat, saudara, harimau, wau, pulau, surau, kerbau, pisau, limau, hijau, bangau

    oi - boikot, sekoi, koboi, kaloi, amboi, 


  • UNIT VI: PELAMBANGAN KONSONAN

     Sejumlah 33 huruf (daripada 37 huruf - tidak termasuk alif dan ye serta wau dan ya yang berfungsi sebagai lambang vokal) dalam senarai abjad Jawi bahasa Melayu adalah huruf-huruf konsonan yang hampir semuanya menjadi lambang satu lawan satu antara huruf dengan fonem konsonan

  • UNIT VII: PENGEJAAN KATA SARAPAN BAHASA ARAB DAN INGGERIS

    Perbendaharaan kata bahasa Melayu yang berasal dari bahasa Arab cukup banyak, diperkirakan sekitar 2,000 - 3,000. Namun kelazimannya tidak terlalu besar. Secara relatif diperkirakan jumlah ini antara 10 % - 15 %. Sebagian kata-kata Arab ini masih utuh dalam erti yang sesuai antara sebutan dan maknanya, dan ada sebahagian lagi berubah.

    Jenis Pinjaman:

    Sebutan dan erti masih sama dengan asalnya

    • abad, abadi, abah, abdi, adat, adil, amal, aljabar, almanak, awal, akhir
    • bakhil, baligh, batil, barakah
    • daftar, hikayat, ilmu, insan, hikmah, halal, haram,
    • khas, khianat, khidmat, khitan, kiamat
    • musyawarah, markas, mistar, mahkamah, musibah, mungkar, maut
    • kitab, kuliah, kursi, kertas, nisbah, nafas
    • syariat, ulama, wajib, ziarah.

    Sebutan berubah, erti masih sama

    • berkah, barakat, atau berkat dari perkataan "barakah"
    • darjat dari perkataan "darajah"
    • khabar dari perkataan "khabar"
    • lafaz dari perkataan "lafazh"
    • zalim dari perkataan "zhalim"
    • makalah dari perkataan "maqalah"
    • masalah dari perkataan "mas-alah"
    • mungkin dari perkataan "mumkin"
    • rasmi dari perkataan "rasmiy"
    • soal dari perkataan "su'aal"
    • rezeki dari perkataan "rizq"
    • Sakarat dari perkataan "Sakkarat"
    • Nama-nama hari dalam seminggu : Ahad ("Al Ahadu"), Isnin (Al Ithnaini"), Selasa (Ath-Thulasa"), Rabu ("Al-Arbi'a"), Khamis ("Al Khamis"), Jumaat ("Al Jumu'ah'") dan Sabtu ("As Sabtu")

  • UNIT VIII: PENULISAN KATA TERBITAN

    Kata terbitan (atau kata turunan) ialah kata dasar yang berimbuhan (mempunyai awalan, sisipan, akhiran atau apitan) atau kata dasar yang ditulis serangkai dengan bentuk kata yang lain. Semua imbuhan (awalan, sisipan, akhiran dan apitan) dan semua bentuk terikat lain yang tidak dapat berdiri sendiri ditulis serangkai atau bersambung dengan kata dasar atau bentuk dasarnya atau bentuk akarnya berdasarkan jenis dan bentuk huruf Jawi. 

    Bentuk kata yang mengandungi kata dasar yang mendapat atau menerima baik awalan,sisipan,akhiran atau apitan ( imbuhan )

    Imbuhan ialah bentuk morfem yang tidak boleh hadir bersendirian dalam ayat dan harus diimbuhkan pada bentuk yang lain yang merupakan kata dasar.

     

    Jenis Imbuhan

    a.Awalan – hadir sebelum kata dasar.

    b.Akhiran – hadir sesudah kata dasar

    c.Apitan – hadir secara mengapit kata   dasar secara serentak di awal   dan akhir kata dasar.

    d.Sisipan – hadir di celahan kata dasar


  • UNIT IX: PENULISAN KATA ULANG, GABUNG KATA DAN AKRONIM

    Kata ulang adalah bentuk kata yang diperoleh melalui proses reduplikasi atau pengulangan, baik secara keseluruhan, sebagian, maupun perubahan. ... Pengulangan dapat dilakukan terhadap kata dasar, kata berimbuhan, maupun kata gabung. Kata ulang adalah kata yang telah mengalami proses reduplikasi.

    Kata Majmuk/Gabung Kata
    Bentuknya
    1)      Kata majmuk ialah gabungan dua atau lebih daripada dua patah kata untuk satu kata baru
    2)      Kata majmuk dapat dibentuk daripada dua patah kata yang sama kelasnya atau daripada dua patah kata yang berlain kelasnya
    3)      Setiap kata yang menjadi komponen kata majmuk mempunyai maknanya tersendiri. Contohnya air dan mata yang menjadi komponen kata majmuk air mata. Kata majmuk mempunyai maknanya masing-masing. Makna air mata ialah air yang meleleh dari mata apabila menangis.
    4)      Ada juga kata majmuk yang terbentuk daripada dua patah kata yang berbeza tetapi maknanya sama atau hampir-hampir sama. Contohnya cantik jelita bermakna sangat cantik, hancur lebur bermakna hancur sama sekal, sunyi sepi bermakna sangat sunyi
    5)      Dua patah kata yang sama atau hampir same maknanya itu dimaksudkan untuk menyatakan makna kesangatan
    6)      Kata majmuk ada yang dieja tercantum dan ada yang dieja terpisah tetapi tidak ada yang bersempang
    7)      Kata majmuk dapat dibezakan bentuk kata majmuk daripada bentuk kata ganda yang dieja bersempang kecuali kata ganda separa seperti bebawang, jejari
    8)      Beberapa contoh kata majmuk yang dieja terccantum ialah antarabangsa, apabila, bagaimana, bumiputera, daripada, demikian, jawatankuasa, jurumudi, kadangkala, kakitangan, olahraga, pesuruhjaya, setiausaha, tandatangan, tanggungjawab, warganegara, manakala, dan walaupun
    9)      Beberapa contoh kata majmuk yang dieja terpisah ialah tanah air, air mata, buah pinggang, campur tangan, daun pintu, ganti rugi, dan hak cipta
    Akronim adalah kependekan yang berupa suatu gabungan dari huruf atau suku kata, maupun bagian lain yang ditulis dan dilafalkan sebagai kata yang wajar. Ada juga yang bilang bahwa akronim ini adalah singkatan dari dua kata atau lebih yang diperlakukan sebagai sebuah kata.

     


  • UNIT X: HUKUM-HUKUM PENULISAN EJAAN JAWI

    DARLUNG 

    •Ejaan Jawi mengikut hukum darlung berlaku apabila memenuhi syarat berikut: Kata Melayu jati dan kata serapan selain Arab/Parsi

    •Suku kata akhir dan praakhir adalah suku kata terbuka yang diakhiri dengan vokal /a/.

    •Suku kata akhir dimulai dengan salah satu huruf darlung, iaitu dal, ra, lam, wau, dan nga د, ر, ل,و,ڠ

    •Mengikut hukum ini huruf alif hendaklah ditambah di akhir kata, kecuali pada ejaan Jawi tradisi seperti ada, tiada, pada, kepada, dan daripada