Section outline

  • UNIT 7 PAKAIAN MELAYU

    Pakaian Tradisional Melayu

        Pakaian orang Melayu yang paling popular dikenali oleh semua ialah baju kurung untuk yang wanita dan baju melayu untuk yang jejaka. Cara pemakaian ini sebenarnya dipengaruhi oleh agama Islam yang mula menyerap masuk di Tanah Melayu sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi. Sebelum adanya pengaruh Islam, pemakaian orang Melayu dipengaruhi oleh agama Hindu-Budhha. Mereka hanyalah berpakaian ringkas. Yang lelaki hanya menggunakan dua helai kain, satu untuk menutupi kepala dan satu lagi sebagai sarung. Bagi yang wanita, tiga helai kain digunakan sebagai kain sarung, kain kemban dan kain selendang. Perbezaan status dapat dilihat melalui penggunaan jenis kain yang mahal. 

        Sekitar abad ke-7, terdapat pengaruh Islam dalam cara pemakaian orang Melayu, yang dibawa masuk oleh orang Arab. Penyerapan dan transisi pengaruh agama Islam berlaku secara berperingkat dan proses ini mengambil masa yang agak lama. Pada abad ke-7 hingga ke-13, agama Islam tersebar luas di tanah Melayu. Walaubagaimanapun, cara pemakaian mereka masih mempunyai pengaruh agama Hindu-Buddha. Masyarakat Melayu mula berpakaian secara sopan iaitu memakai baju berbentuk tunik pendek berkain kapas hijau dengan bahagian bawah dililitkan dengan kain sutera. 

        Pada zaman kerajaan Melayu Melakalah proses evolusi pakaian orang Melayu ini mengapai tahap tertinggi. Kaum Adam mula memakai baju Melayu manakala kaum Hawa mula memakai baju kurung dengan kelubung untuk menutup kepala. Terdapat pelbagai jenis baju tradisional Melayu yang telah melalui evolusi. Gaya baju tradisional ini telah dipakai oleh golongan istana dan golongan bangsawan dan  kemudian menjadi ikutan rakyat jelata. Akhirnya, pemakaian golongan istana dengan golongan rakyat hampir sama dan hanya jenis kain dan aksesori yang berbeza ikut cita rasa. 

        
    Antara pakaian tradisional Kaum Melayu ialah seperti yang berikut:
    1. Baju Riau


    2. Baju Melayu Cekak Musang



    3. Baju Melayu Teluk Belanga


    4. Baju Kurung Teluk Belanga (Baju Kurung Biasa)

    5. Baju Kurung Cekak Musang

    6. Baju Kurung Kedah

    7. Baju Kurung Pahang

    8. Baju Belah Kebaya Panjang

    9. Baju Kebaya Kota Bharu

    10. Baju Kebaya Riau-Pahang

    11. Baju Kebaya Nyonya

    12. Baju Kebarung

    Terdapat juga video-video yang dipaparkan di youtube tentang cara pemakaian melayu yang betul.
    1. 

    Cara-cara mengikat sampin