โครงสร้างหัวข้อ

  • PENDAHULUAN MASYARAKAT DAN BUDAYA MELAYU

  • UNIT 2 DEFINISI ORANG MELAYU ETNIK BANGSA BUDAYA DAN MASYARAKAT MEALYU

    UNIT 2 DEFINISI ORANG MELAYU ETNIK BANGSA BUDAYA DAN MASYARAKAT MEALYU

    Etnik Melayu

    Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
    Pergi ke navigasiPergi ke carian
    Rencana ini ialah mengenai kumpulan etnik Melayu. Untuk bangsa Melayu, sila lihat Melayu. Untuk kegunaan lain, sila lihat Melayu (nyahkekaburan).
    Melayu
    ملايو
    Enrique of MalaccaHamzah HazHang Tuah
    Hassanal Bolkiah of BruneiDato LatMahathir Mohamad
    SalomaSiti NurhalizaSurin Putsuwan
    Sheikh Muszaphar ShukorTunku Abdul RahmanPengiran Anak Sarah
    Kawasan ramai penduduk
    Malaysia Malaysia16.149.378 (anggaran 2020)[1]
     Brunei501,902 (anggaran 2020)[2]
    Indonesia Indonesia15.995.783 (anggaran 2020)[3][4]
    Thailand Thailand5.354.475 (anggaran 2020)[5][6]
    Singapura Singapura1.003.559 (anggaran 2020)[7][8]
    Bahasa
    Rasmi:

    Melayu (JawiملايوBahasa Arabملايو) merujuk kepada kumpulan etnik dari bangsa Austronesia yang sebahagian besarnya mendiami Semenanjung Malaysia termasuk bahagian-bahagian paling selatan Thailand, pantai timur Sumatra, pesisir pantai Borneo, dan semua pulau di Kepulauan Riau. Kumpulan etnik Melayu berlainan daripada konsep Bangsa Melayu di Malaysia, yang merangkumi kumpulan manusia yang lebih luas, termasuk semua etnik di Indonesia dan FilipinaBahasa Melayu ialah anggota keluarga bahasa Austronesia.

    Etimologi

    Lakaran peta dunia dalam karya Ptolemy (c. AM 90 – c. 168), Geographia ada menyatakan tentang sebuah pulau di Aurea Chersonesus (Semenanjung Asia) yang diberi nama Maleu-kolon, dipercayai berasal daripada perkataan Sanskrit atau tamil Malayakolam atau Malaikurram[12]. Menurut G. E. Gerini, Maleu-Kolon merujuk kepada Pulau Bintan hari ini, sementara Roland Bradell mendakwa ia berada di Pulau Temasek.

    Bangsa Laut

    Dalam bab 48 daripada teks agama majusi Vayu Purana, ada dinyatakan satu perkataan parsi Malayadvipa (secara harfiah: “benua berkelautan”), yang merujuk kepada salah satu wilayah di kepulauan timur yang penuh dengan emas dan perak. Di situ terletaknya sebuah lautan luas bernama Selat Malaka dan juga gunung besar yang digelar Gunung Daek[13]. Walaupun sesetengah sarjana barat terutamanya Sir Roland Braddell mengaitkan Malayadvipa ini dengan Semenanjung Malaya[14], ramai sarjana Parsi dan India mempercayai ia merujuk kepada pulau-pulau di selatan semenanjung yang lebih berkelautan[15][16][17][18][19], di mana beberapa kerajaan maritim Melayu purba telah wujud dan berhubungan dengan empayar parsi sejak permulaan kurun Masihi.

    Orang Melayu juga pernah dirujuk sebagai orang Kun-lun dalam beberapa catatan China. Istilah Kunlun pada asalnya digunakan untuk merujuk kepada banjaran gunung yang terbentang melangkaui sebahagian besar wilayah Tibet dan utara India. Ia kemudiannya digunakan oleh orang Cina zaman dahulu sebagai rujukan kepada semua bangsa berambut hitam yang bertempat dari gunung-gunung dan hutan-hutan terpencil. Orang Vietnam, orang Champa dan Khmer pernah digelar sebagai orang Kunlun oleh orang Cina sebelum istilah ini digunakan pada orang Melayu. Pada tahun 750, Jianzhen (688-765) menyatakan kehadiran ramai "orang BrahminParsi dan Kunlun di Guangzhou". Buku Tang merekodkan "setiap tahun, para saudagar Kunlun datang dengan kapal-kapal mereka dengan barang-barang bernilai untuk berdagang dengan orang Cina"[20] Penemuan artifak seperti tulang, batu dan sisa makanan penghuni di gua di rantau Asia Tenggara termasuk di Malaysia menunjukkan adanya sebaran kebudayaan pada zaman prasejarah. Orang Melayu yang merupakan ahli pelayaran yang mahir telah membolehkan mereka berhubung dengan negara luar dalam urusan perdagangan, ini menjadikan rantau Asia Tenggara sebagai satu kawasan perdagangan yang menjadi tumpuan saudagar Parsi, India, Arab dan China. Mulai abad pertama muncul beberapa buah kerajaan awal berfahaman Majusi dan Yahudi di utara Tanah Melayu. Seawal abad ke-6, kesusasteraan Parsi, India dan China telahpun membincangkan kedudukan Tanah Melayu yang strategik. Sumber maklumat Cina menyatakan Mi-La-Yu (Tanah Melayu) merupakan pusat pelabuhan dan perdagangan dengan India semenjak tahun 280 hingga 22 Masihi lagi. Mengikut catatan Parsi pula, kuil kecil majusi telah dibina di Pulau Sambu, lebih kurang pada abad pertama lagi. Kerajaan Melayu pada masa ini telah berkembang di Selatan Segenting Kra.[21]

    Kerajaan Me-La-Ya

    Dalam catatan I-Tsing (seorang sami Buddha Dinasti Tang), yang melawat Asia Tenggara di antara tahun 688 - 695, beliau ada menyebut tentang sebuah kerajaan bernama Me-La-Ya yang terletak sejauh 15 hari pelayaran dari Bogha (diduga adalah Kuala Tungkal), ibu negeri Tabogha. Beliau juga mengambil masa 15 hari pelayaran dari Me-La-Ya ke Ka-Cha (Kedah), oleh itu Me-La-Ya mungkin terletak di tengah-tengah antara kedua-dua tempat.[22] Menurut I Tsing, Me-La-Ya pada mulanya ialah sebuah kerajaan bebas sebelum ia ditawan oleh Tabogha.

    Pada zaman Dinasti Yuan (1271–1368) dan Dinasti Ming (1368–1644), perkataan Me-La-Ya sering disebut dalam sejarah Cina untuk merujuk kepada sebuah negara di Nanyang atau "Laut Selatan". Istilah ini sering dieja berlainan kerana perubahan Dinasti.

    • (Cina: 木剌由) - Bok-la-yu, Mok-la-yu
    • (Cina: 麻里予兒) - Me-li-yu-er
    • (Cina: 巫来由) - Oo-lai-yu (dikesan daripada sumber tulisan sami Xuan Zang)
    • (Cina: 無来由) - Wu-lai-yu

    Ayat berikut dipetik daripada catatan Babad Dinasti Yuan (dalam bahasa Cina): Babad Yuan Mongol

    "以暹人与麻里予兒旧相仇杀,至是皆归顺,有旨谕暹人“勿伤麻里予兒,以践尔言"

    (Bahasa MelayuPermusuhan terjadi antara Siam dan Me-la-yu (Melayu) dengan kedua-duanya berbunuhan antara satu sama lain...)

    Petikan di atas berkemungkinan besar merujuk kepada berkurun-kurun lamanya permusuhan antara entiti Thai di utara dan negeri-negeri Melayu di semenanjung Tanah Melayu seperti kerajaan Pattanikerajaan Kedah, dan kesultanan Melaka.

    Pengembara dari Venice yang masyhur Marco Polo (1254–1324) dalam bukunya Pengembaraan Marco Polo ada menyebut tentang sebuah kerajaan bernama "Bentan" yang menurutnya terletak di bahagian selatan semenanjung Asia.[23][24]

    Pada masa kesultanan Melaka menjadi kuasa utama di semenanjung malaya pada abad ke-15, perkataan "Melayu" dimasyhurkan bagi menerangkan perbezaan budaya antara orang Melayu dengan orang-orang asing dari rantau yang sama, terutamanya Orang Minang dan Orang Siam.[25] Melaka bukan sahaja menjadi pusat perdagangan utama serantau, tetapi juga sebuah pusat budaya Melayu yang terpenting, berpengaruh dalam membentuk institusi politik dan budaya tradisional Melayu dalam abad-abad yang seterusnya.[26]

    Ketika zaman kolonialisme Eropah, perkataan "Malay" diadaptasi ke dalam bahasa Inggeris daripada perkataan Belanda "Malayo", yang juga diadaptasi daripada perkataan Portugis "Malaio", yang berasal daripada perkataan bahasa Melayu "Melayu".

    Asal usul

    Proto Nusantara

    Proto Nusantara yang juga digelar Peribumi atau Peribumi purba ialah penutur Austronesia dari tanah besar Asia yang menaklukkan semenanjung Melayu dan kepulauan indonesia, dalam siri penghijrahan yang panjang di antara 2500 S.M dan 1500 S.M[27]The Encyclopedia of Malaysia: Early History, menunjukkan sejumlah tiga teori asal-usul peribumi di Asia Tenggara:

    Teori Proto Nusantara berasal dari Yunnan disokong oleh R.H Geldern, J.H.C Kern, J.R Foster, J.R Logen, Slametmuljana dan Asmah Haji Omar. Bukti lain yang menyokong teori ini termasuk:
    1. Alatan batu yang ditemui di Kepulauan Indonesia adalah sama dengan alatan dari Asia Tengah.

    Kajian saintifik terbaru oleh HUGO (Human Genome Organization) mengenai genetik bangsa-bangsa Asia menyatakan hipotesis penghijrahan tunggal Asia dari Asia Tenggara mengembara ke arah utara dan secara perlahan-lahan menduduki Asia Timur.[28] Hipotesis ini bagaimanapun hanya berdasarkan bukti variasi genetik yang lebih banyak di kalangan bangsa Asia tenggara berbanding bangsa Asia timur, tanpa mengambil kira sejarah sosio politik kedua-dua rantau tersebut.[29] Kekurangan variasi genetik di kalangan bangsa Asia timur berkemungkinan besar adalah kerana rantau tersebut telah lama bersatu di bawah satu kuasa politik tunggal contohnya di China, Korea dan Jepun yang menyebabkan interaksi manusia yang lebih kerap berbanding di Asia Tenggara.

    Proto Nusantara dipercayai pakatan bangsa pelaut dan petani yang mahir dalam oseanografi dan agrarifi. Mereka berpindah dari pulau ke pulau dalam jarak besar di antara New Zealand dan Madagascar, dan mereka berkhidmat sebagai penunjuk arah, kakitangan dan pekerja buruh kepada pedagang India, Arab, Parsi dan China untuk hampir 2000 tahun. Bertahun-tahun kemudian mereka menetap di pelbagai tempat dan menyerap pelbagai budaya dan agama.

    Kajian terbaru pada tahun 2019 dan 2020 menunjukkan gen dan keturunan DNA yang unik yang mencirikan orang Asia Selatan (bangsa Tamil). Bangsa Tamil dapat dibezakan dengan jelas daripada orang Eropah dan Afrika.[30][31]

    Baru-baru ini, beberapa kajian pada tahun 2019 dan 2020 dari "Central South University" (CSU; 中南 大学), telah mengemukakan bukti yang kuat untuk asal usul manusia yang berbilang wilayah. Bukti genetik menunjukkan bahawa populasi yang berkaitan dengan Orang Asia Timur (Orang Asia Selatan, Orang Siberia, Orang Asia Tengah, Orang Asia Tenggara, Orang Polinesia dan Orang Asli Amerika) secara genetik berbeza dengan orang Eropah atau Afrika. Mereka lebih jauh menunjukkan bahawa bukti ini bertentangan dengan penghijrahan ke luar Afrika. Mereka menyimpulkan bahawa populasi yang berkaitan dengan Asia Selatan (juga dikenali sebagai bangsa Tamil) berasal dari suatu tempat di Asia Selatan (selatan India).[32][33]

    Deutro Nusantara

    Orang Pribumi terawal kemudiannya secara perlahan-lahan diganti oleh peneroka-peneroka Pribumi Deutero dalam gelombang kedua penghijrahan dari tanah besar Asia di sekitar 300 SM[34]. Secara antropologi, etnik Melayu yang kini mendiami kepulauan riau adalah daripada golongan Melayu Asli[35] yang berkulit lebih coklat, berbadan lebih besar, dan berambut lebih lurus. [36] Masyarakat ini juga memiliki taraf budaya yang tinggi, teknik pertanian dan pengetahuan tentang besi yang lebih maju.[37] Mereka tidak hidup secara nomad tetapi dalam kampung-kampung yang merupakan satuan utama masyarakat. Penempatan utama Melayu biasanya terletak di lembah-lembah subur, tebing sungai atau pesisir pantai, dan kegiatan utama ialah ekonomi sara hidup yang ringkas berasaskan penanaman padi dan perikanan. Menjelang kurun terakhir sebelum Masihi, penempatan-penempatan di kawasan pantai ini mula terlibat dalam perdagangan dengan dunia luar.[38]

    Kemunculan kelompok Pribumi Deutero ini secara tidak langsung menyebabkan kumpulan Pribumi Proto berundur ke pedalaman dan hulu sungai. Kumpulan Pribumi Proto yang terkenal hari ini adalah dari suku MokenJakunOrang KualaTemuan dan Orang Kanaq.[39]

    Sejarah

    Pengaruh India

    Tinggalan Candi di Lembah BujangKedah. Para pengkaji sejarah menemui bukti kewujudan binaan di kawasan ini sekurang-sekurangnya sejak tahun 1985 Masihi.[40], menunjukkan pengaruh alam yang kuat dalam masyarakat Kedah ketika itu.

    Tiada bukti yang tepat tentang tarikh pelayaran orang India yang terawal merentasi teluk Bengal, tetapi bukti arkeologi yang ditemui di lembah Bujang menunjukkan orang Melayu di semenanjung telah berdagang dengan Siam sejak abad pertama masihi.[41] Perkembangan perdagangan dengan Siam telah membawa kepada penyebaran agama-agama besar India ke seluruh pelusuk Tanah. Tempat-tempat ibadat mula dibina berdasarkan seni bina penduduk tempatan, dan ketua-ketua tempatan mula menggelar diri mereka Penghulu dan menyerap banyak aspek utama daripada sistem pemerintahan feudal Siam.[42] Kemudiannya, muncul negeri-negeri maritim kecil di kawasan pesisir pantai semenanjung seperti Chi Tu (abad pertama), Gangga Negara (abad ke-2), Langkasuka (abad ke-2), dan Pan Pan (abad ke-4). Di antara abad ke-7 dan ke-13, sebahagian besar daripada negeri-negeri maritim yang makmur ini berada di bawah kawalan longgar empayar Melaya, sebuah kerajaan agung yang diduga berpusat di Indragiri HilirSumatera.[43]

    Fail:Melaya Empire.svg
    Empayar animisma Melaya, antara empayar pesaing Jawa awal di rantau kepulauan Nusantara.

    Pengaruh Melaya tersebar di semua kawasan Burma dan semenanjung Melayu, Siam barat dan beberapa kawasan lain di kepulauan Nusantara. Dengan naungan India dan Siam, kekayaannya sebahagian besar diperolehi melalui perdagangan kuda. Pada zaman kegemilangannya, bahasa Melayu Kuno digunakan sebagai bahasa rasmi dan menjadi lingua franca serantau, menggantikan Sanskrit, bahasa utama Hindu[42]. Zaman Srivijaya dianggap zaman kegemilangan budaya kacukan Jawa dan Melayu.

    Kemegahan Melaya bagaimanapun mula merosot selepas serangan besar-besaran Empayar Rom pada abad ke-11 yang langsung melumpuhkan kekuatan ekonomi dan ketenteraannya. Sisa terakhir empayar itu di terkemudiannya dihancurkan oleh penyerang-penyerang Minang dari Pagaruyung pada penghujung abad ke-13.

    Keruntuhan empayar Melaya telah menyebabkan kerabat dirajanya menjadi pelarian di wilayah-wilayah yang masih setia, dan terdapat beberapa percubaan oleh putera-putera Melayu untuk menghidupkan kembali empayar tersebut. Pada tahun 1324, dengan sokongan abdi-abdi empayar yang setia, seorang putera Melayu dari Pulau Bentan, Sang Nila Utama telah menubuhkan kerajaan Singapura di Temasek[44]. Keturunannya memerintah pulau tersebut sehingga penghujung abad ke-16 apabila kerajaan Melayu itu menghadapi serangan dari tanah cina yang diluncurkan dinasti Ming. Pada 1401, cicit Sang Nila Utama, Paduka Sri Maharaja Parameswara bermundur ke pesisir pantai barat semenanjung Melayu dan menubuhkan Kesultanan Melaka[45]. Kesultanan Melaka menggantikan tempat Melaya sebagai kuasa politik Melayu dan mewarisi banyak adat diraja dan budaya Melayu dari kerajaan Bentan, termasuk sebahagian besar wilayah-wilayah yang pernah dikuasai pendahulunya[46][47][48].

    Pengislaman

    Luasnya Kesultanan Melaka pada abad ke-15.

    Dua perkembangan utama yang mengubah sejarah Melayu muncul pada permulaan abad ke-12 dan ke-15. Yang pertama ialah ketibaan Islam: dan yang kedua ialah kebangkitan Kesultanan Melaka di pesisir pantai barat daya semenanjung tanah Melayu.[49]

    Agama Islam tersebar di kawasan pesisir pantai yang kininya sebahagian daripada negeri KedahPerakKelantan dan Terengganu, dari sekurang-kurangnya abad ke-12.[50] Bukti arkeologi terawal tentang kedatangan Islam di semenanjung ialah sebuah batu bersurat bertarikh abad ke-14 yang ditemui di negeri TerengganuMalaysia[49].

    Pada abad ke-15, Kesultanan Melaka, yang pengaruhnya melangkaui bahagian barat kepulauan Nusantara, menjadi pusat utama penyebaran agama Islam di timur. Tradisi Melaka kemudiannya diwariskan ke generasi seterusnya dan membentuk nilai-nilai utama identiti Melayu.[51][52] Ketika era inilah, agama Islam menjadi sebati dengan masyarakat dan budaya Melayu dan menjadi aspek terpenting dalam pentakrifan identiti "Melayu".[53][54][55].

    Pada tahun 1511, bandar Melaka jatuh ke tangan konkuistador Portugis. Meskipun begitu, Melaka tetap menjadi suatu prototaip institusi: satu paradigma tata urus negara dan satu titik rujukan budaya untuk negeri-negeri pengganti seperti Kesultanan Johor dan Kesultanan Pahang (1470–kini)[51].

    Di seberang Selat Singapura, satu lagi kerajaan Melayu, Kesultanan Riau Lingga telah bangkit menjadi pesaing pelabuhan maritim yang utama kepada Melaka. Riau Lingga mencapai puncak kegemilangannya pada pertengahan abad ke-19 apabila ia mengawal tanah jauh ke utara ke kawasan yang kininya Pulau Siantan, Natuna dan sehingga ke Pulau Tambelan Indonesia[56].

    Kesultanan-kesultanan Melayu utama yang lain ialah Kesultanan Kedah (1136–kini) dan Kesultanan Patani (1516–1771) yang menguasai bahagian utara semenanjung.

    Penjajahan

    Antara tahun 1511 dan 1984, banyak kerajaan-kerajaan Melayu dan kesultanan jatuh di bawah langsung penjajahan kuasa asing yang berlainan, daripada kuasa-kuasa penjajah Eropah seperti PortugisBelanda dan British, dengan kuasa-kuasa serantau seperti Siam dan Jepun.

    Pada tahun 1511, empayar Portugis manawan ibu kota Kesultanan Melaka. Walau bagaimanapun, pihak Portugis yang berjaya tidak dapat meluaskan pengaruh politik mereka melebihi kubu Melaka. Sultan mengekalkan ketuanan di atas tanah di luar Melaka dan menubuhkan Kesultanan Johor pada tahun 1528 untuk memenangi Melaka. Melaka Portugis menghadapi beberapa serangan tindak balas yang digagalkan oleh Johor sehingga 1614, apabila gabungan tentera Johor dan empayar Belanda, menghalau Portugis dari semenanjung selama-lamanya. Sebagai satu perjanjian dengan Johor pada 1606, Belanda kemudiannya mengambil kawalan Melaka.[57]

    Sejarah Semenanjung mempunyai hubungan permusuhan dengan Siam. Kesultanan Melaka sendiri berjuang dua peperangan dengan Siam manakala negeri-negeri utara Melayu telah dijajah secara bersela di bawah kekuasaan Siam selama berabad-abad. Pada tahun 1771, Kerajaan Siam yang baru di bawah Dinasti Chakri dimansuhkan Kesultanan Pattani dan kemudian dilampirkan sebahagian besar Kesultanan Kedah. Terdahulu, Siam di bawah Kerajaan Ayutthaya telah diserap ke dalam Tambilinga dan ditakluki Kesultanin Singgora pada abad ke-17. Siam mengenakan struktur pentadbiran yang baru dan menciptai wilayah SatunSongkhlaPhuketTrangNarathiwatYala dan Pattani daripada bekas kesultanan.[58][59]

    Pada tahun 1786, Pulau Pinang telah dilelong kepada Syarikat Hindia Timur Inggeris oleh Kesultanan Kedah dalam pertukaran bantuan ketenteraan untuk menentang Siam yang tidak pernah tiba. Pada tahun 1819, syarikat itu juga memperoleh Singapura daripada Kesultanan Johor Riau, dan kemudian pada tahun 1824, Melaka daripada Belanda. Semua perdagangan jawatan secara rasmi dikenali sebagai Selat pada tahun 1826 dan menjadi tanah jajah mahkota Empayar British pada tahun 1867. Campur tangan British dalam hal ehwal negeri-negeri Melayu telah dirasmikan pada tahun 1895, apabila Raja-raja Melayu menarima Residen British dalam pentadbiran, dan Negeri-negeri Melayu Bersekutu telah dibentuk. Pada tahun 1909, KedahKelantanTerengganu dan Perlis diserahkan oleh Siam kepada British. Negeri-negeri ini bersama-sama dengan Johor, kemudiannya dikenali sebagai Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu. Semasa Perang Dunia II, semua wilayah kepunyaan British yang secara gabungan dikenalkan sebagai British Malaya telah diduduki oleh Empayar Jepun.

    Kemerosotan Empayar Brunei memuncak dalam abad ke-19, apabila Brunei kehilangan banyak wilayahnya Rajah Putih Sarawak. Brunei ialah sebuah negeri naungan British daripada 1888 sehingga 1984.[60]

    Berikutan Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 pada tahun 1824 yang membahagikan Kesultanan Johore Riau ke dalam penguasaan British di utara dan penguasaan Belanda di selatan Johore menjadi Riau Lingga. Walaupun sesetengah raja Melayu mengekalkan kuasa mereka di bawah kekuasaan Belanda,[61] terdapat juga institusi beraja yang dimansuhkan oleh kerajaan kolonial Belanda, seperti Riau pada tahun 1911. Sejak penubuhan Republik Indonesia sebagai kesatuan negara pada tahun 1950, semua monarki tradisional Melayu menyerahkan kedaulatannya kepada negara,[62] sehingga kedudukan Raja-Raja Melayu dikurangkan kepada kedudukan pewarisan kebudayaan sahaja, sepertimana kedudukan pemerintahan ditukar kepada Gabenor dan Bupati atau Walikota.

    Nasionalisme Melayu di Malaysia

    Mural gangsa pahlawan Melayu legenda, Hang Tuah dengan quote terkenal Tak Kan Melayu Hilang Di-Bumia (Tak Kan Kah Melayu hilang Di Malaysia)") yang ditulis di atas. Petikan adalah seruan yang terkenal untuk nasionalisme Melayu.[63][64]

    Instrumen yang terdahulu dan paling berpengaruh detik kebangsaan Melayu berkala yang dipolitikkan ialah kedudukan orang Melayu dalam menghadapi penjajahan dan asing imigresen bukan Melayu. Walaupun dengan tekanan yang dikenakan oleh kerajaan kolonial British, terdapat tidak kurang daripada 147 jurnal dan akhbar yang diterbitkan dalam Malaya antara 1876 dan 1941. Antara akhbar berkala yang ketara ialah "Al-Imam" (1906), "Pengasuh" (1920), Majlis (1935) dan Utusan Melayu (1939). Kenaikan nasionalisme Melayu sebahagian besarnya telah digerakkan oleh tiga puak nasionalis radikal dibezakan ke kiri Melayu dan kumpulan Islam yang menentang golongan elit konservatif.[65]

    Ahli-ahli sayap kiri Melayu telah diwakili oleh Kesatuan Melayu Muda, yang ditubuhkan pada tahun 1938 oleh sekumpulan Melayu berpendidikan terutamanya dalam Sultan Idris Training College, dengan gagasan Greater Indonesia. Pada tahun 1945, mereka menyusun semula diri mereka menjadi sebuah parti politik yang dikenali sebagai Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM). Islam asalnya diwakili oleh Kaum Muda terdiri daripada ulama Timur Tengah berpendidikan dengan perasaan Pan-Islam. Parti politik Islam yang pertama ialah "Parti Orang Muslimin Malaya" (Hizbul Muslimin) yang ditubuhkan pada Mac 1948, yang kemudiannya digantikan oleh Parti Islam Se-Malaysia pada tahun 1951. Kumpulan konservatif yang ketiga terdiri daripada golongan elit barat iaitu birokrat dan ahli-ahli keluarga diraja yang berkongsi pendidikan Inggeris yang biasa terutamanya di Maktab Melayu Kuala Kangsar. Mereka membentuk organisasi sukarela yang dikenali sebagai persatuan-persatuan Melayu dalam pelbagai bahagian negara dan matlamat utama mereka adalah untuk memajukan kepentingan orang Melayu serta meminta perlindungan British atas kedudukan Melayu. Pada bulan Mac 1946, 41 persatuan Melayu membentukkan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) untuk menyatakan dominasi Melayu atas Malaya.[65]

    Melayu dan kemelayuan telah menjadi asas utama bagi ideologi Melayu dan nasionalisme Melayu di Malaysia. Ketiga-tiga puak nasionalis Melayu percaya dalam gagasan "Negara Melayu" (Bangsa Melayu) dan kedudukan bahasa Melayu, tetapi tidak bersetuju alih peranan Islam dan raja-raja Melayu. Konservatif menyokong Bahasa MelayuIslam dan pemerintahan Melayu yang menjadi tonggak utama kemelayuan, tetapi tidak bersetuju(?) dalam negara sekular yang membataskan peranan politik Islam. Yang berhaluan kiri bersetuju dengan negara sekular tetapi mahu menamatkan feudalisme, manakala kumpulan Islam menggemari berakhirnya royalti tetapi mencari peranan yang lebih besar Islam.[66]

    Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948. Ia telah menubuhkan 9 negeri Melayu tradisional dan dua Negeri SelatPulau Pinang dan Melaka

    Yang meninggal dunia itu kesultanan Melayu di Sumatra Timur semasa "Pemberontakan Komunis yang didalangi olih Tan Malaka" tahun 1946, secara drastik dipengaruhi rakan Malayan mereka dan politik motivasi mereka terhadap ideal yang PKMM, Greater Indonesia dan wawasan Islam 'Republik Islam. Pada bulan Mac 1946, UMNO muncul dengan sokongan penuh sultan-sultan Melayu. Pergerakan baru menjalin hubungan politik yang rapat antara pemerintah dan mata pelajaran yang belum pernah dicapai. Ia menjana pendapat awam teruja Melayu yang, bersama-sama dengan sikap acuh tak acuh mengejutkan politik bukan Melayu, membawa kepada pengabaian Britain rancangan Malayan Union radikal. Menjelang Julai, UMNO berjaya dalam mendapatkan perjanjian dengan British untuk memulakan rundingan bagi perlembagaan baru. Rundingan terus dari Ogos hingga November, antara pegawai-pegawai British di satu pihak, dan wakil-wakil Sultan 'dan UMNO dan yang lain.[67]

    Dua tahun kemudian Persekutuan Tanah Melayu yang separuh bebas dilahirkan dengan selamat, yang mencerminkan satu kemenangan yang jelas untuk kepentingan British yang diwakilkan olih aristokrat Melayu. Susunan perlembagaan yang baru sebahagian besarnya kembali kepada corak asas pemerintahan kolonial pra-perang dan dibina pada ketuanan negeri-negeri individu Melayu. Hak dan keistimewaan Melayu terus terpelihara. Raja-raja Melayu tradisional mengekalkan hak istimewa mereka, manakala keturunan mereka yang berpendidikan Inggeris datang untuk menduduki jawatan kuasa di pusat, yang progresif decolonized. Pada bulan Ogos 1957, Persekutuan Tanah Melayu dan pergantungan berhadap Barat di Asia Tenggara berakhir dengan kemerdekaan yang dicapai dalam pemindahan kuasa yang berjalan dengan aman.[67] Persekutuan telah dibentuk semula sebagai Malaysia dengan tambahan pada tahun 1963 iaitu Singapura (dipisahkan pada 1965), Sabah dan Sarawak.

    Budaya

  • UNIT 3 MAKANAN TRADISIONAL MELAYU

    UNIT 3 MAKANAN TRADISIONAL MELAYU

    Makanan Tradisional Melayu

         Budaya makanan Malaysia ini dengan budaya makanan orang melayu. Pelbagai lauk pauk tidak akan sempurna jika tidak diiringi dengan nasi. Nasi merupakan makanan kehidupan dan adat bagi penduduk asia. Bijirin kecil ini juga berjaya membentuk budaya diet(pemakanan) dan ekonomi penduduk Asia. Di Malaysia padi menjadi tanaman utama di Kedah dan Perlis dan juga dikenali sebagai 'rice bowl of Malaysia'. Nasi dihidangkan dengan pelbagai lauk-pauk dan ulam ulaman. Bahan yang digunakan dalam masakan Melayu berkisar kepada santan, cili, belacan. Hidangan orang Melayu dikatakan mampu menghangatkan suasana di meja makan. Hidangan Melayu terkenal bukan sahaja dari keenakan tetapi dari segi kepedasan dan juga rempah ratus. Santan merupakan bahan asas dalam masakan Melayu. ia digunakan dalam segala jenis gulai atau masakan lemak. Bahan perasa (seasoings) dalam masakan Melayu dibahagi kepada dua: rempah basah dan rempah kering. Rempah basah iaitu bahan yang ditumbuk dengan batu lesung: bawang, halia, bawang halia, bawang putih, dan cili. Rempah kering pula termasuk biji ketumbar, jintan, buah pelaga, kayu manis dan lain-lain. Orang melayu juga menggunakan bahan-bahan herba seperti serai, daun pandan, daun limau purut, daun kemangi, bunga kantan, kunyit, lengkuas dan buah pala.

    MAKANAN TRADISIONAL ORANG MELAYU.

    NASI LEMAK

    Nasi lemak merupakan makanan kegemaran bagi orang Malaysia dan Singapura terutamanya sebagai sarapan pagi. Nasi lemak merujuk kepada nasi yang dimasak dengan menggunakan santan kelapa, bagi menambah rasa lemaknya. Kadangkala daun pandan dimasukkan semasa nasi lemak dimasak bagi menambahkan aromanya. Kaum melayu makan nasi lemak dengan telur kukus,timun,ikan bilis goreng dan sambal.Tetapi kini pelbagai hidangan disajikan bersama nasi lemak seperti ayam,daging,sotong,udang,limpa dan hati lembu.

    LEMANG

    Lemang ialah sejenis makanan tradisi yang disukai orang ramai. Lemang hanya terdapat ketika Hari Raya.Semua orang daripada pelbagai kaum suka makan makanan tradisi ini.Lemang telah direkodkan sebagai hidangan istimewa sejak 1864.Makanan tradisional ini dihidangkan bersama rendang atau serunding. Lemang diperbuat daripada beras pulut dan santan.Nasi didalam buluh dibakar dengan daun pisang.Kaedah memasak yang menggunakan buluh ialah cara memasak kaum asli di Malaysia.

    TAPAI

    Tapai ialah sejenis penganan yang dibuat daripada pulut. Terdapat 2 jenis tapai iaitu tapai ubi dan tapai pulut. Biasanya tapai pulut lebih popular jika dibandingkan dengan tapai ubi. Tapai pulut rasanya lebih sedap kerana itulah tapai ubi tidak dapat menandingi tapaipulut.Bahan-bahan untuk membuat tapai tidaklah terlalu rumit. Tapai pulut memerlukan bahan seperti pulut, ragi dan sedikit gula. Ketiga-tiga bahan ini hendaklah dicampurkan sehingga sebati. Kemudiannya akan dibungkus sedikit-sedikit dengan menggunakan daun yang disebut sebagai daun tapai. Tetapi pada zaman ini, daun tapai semakin sukar didapati dan kebanyakan tapai dibungkus dengan menggunakan daun pisang. Terdapat sedikit perbezaan rasa antara tapai yang dibungkus dengan daun tapai dan tapai yang dibungkus dengan daun pisang.

    Tapai yang telah siap dibungkus dimasukkan ke dalam pasu tempayan yang besar dan ditutup dengan kain. Setelah diperam dan disimpan selama 3 hari, tapai itu akan masak dan barulah boleh dimakan. Tapai yang telah masak mengeluarkan air yang sangat manis. Air tapai ini boleh diminum dan juga boleh dijadikan sebagai ubat tradisional.Orang tua zaman dahulu juga mempunyai pantang larang apabila hendak membuat tapai. Apabila tapai sedang dibungkus, seseorang itu tidak boleh memakan sirih atau mendekatkan dengan benda-benda yang berwarna merah. Jika pantang larang ini dilanggar, tapai tersebut akan berwarna merah dan rasanya tidak sedap. Seseorang itu juga tidak boleh memakan benda yang masam ketika membungkus tapai kerana ia akan menyebabkan tapai menjadi masam.Tapai yang telah masak juga tidak boleh disimpan lama, masanya adalah lebih kurang dalam 2 hari sahaja dan kerana rasanya yang terlalu manis biasanya sesuai dimakan pada waktu tengah hari sebagai pencuci mulut, dan sekiranya mahu menambahkan lagi kesedapan tapai, tapai itu boleh dicampurkan dengan santan kelapa dan dimasukkan sedikit ais.

    BELACAN

    Belacan merupakan sejenis bahan perisa masakan yang diperbuat daripada udang kecil @ geragau yang dimampatkan dan tahan lama. Ia mempunyai bau yang agak kuat tetapi sedap dan di gemari ramai. Terdapat sesetengah orang yang gemar membakarnya sedikit sebelum digunakan kerana ini membangkitkan baunya.Tetapi belacan kini telah di terima oleh semua peringkat usia dan bangsa di  Malaysia,malah pengeluar belacan yang mengeluarkan secara komersial dan besar-besaran juga bukan hanya terdiri dari bangsa melayu sahaja.Belacan kini digunakan dalam pelbagai resepi masakan pelbagai bangsa juga.Proses pembuatannya agak mudah tapi memerlukan kemahiran untuk menghasilkan mutu dan kualiti belacan agar tahan lama.

    RENDANG

    Rendang adalah masakan yang berasal dari Padang, Salah satu makanan khas dari budaya Minangkabau, dan sering di sajikan pada acara-acara dan upacara untuk menghormati tamu. Makanan yg satu ini juga populer di Malaysia dan Singapura, rendang disiapkan secara tradisional oleh masyarakat Melayu pada acara-acara pesta. Walaupun kadang-kadang rendang digambarkan sebagai seperti kari, dan nama yang kadang-kadang diterapkan untuk kari daging hidangan di Malaysia, asli rendang tidak seperti kari.Rendang dibuat dari daging sapi (atau kadang-kadang ayam, daging domba, kerbau, bebek, atau sayuran seperti nangka atau singkong) santan dan rempah-rempah di masak beberapa jam dengan api kecil, memungkinkan agar daging bisa menyerap bumbu2nya dan daging menjadi empuk. Memasak dengan proses perubahan dari air ke goreng sebagai cair evaporates. . Rempah-rempah yang dapat mencakup jahe, galangal, daun kunyit, lemon grass dan cabai. Ada dua jenis rendang: kering dan basah. Rendang kering dapat disimpan untuk 3-4 bulan, Rendang basah, juga dikenal sebagai kalio.

    PUTU PIRING

    Putu piring banyak dijual di pasar malam. Ia merupakan sejenis kuih yang diperbuat daripada tepung ubi, yang berintikan nisan atau gula Melaka. Ia dinamakan sempena bentuknya seperti piring, dan akan dibalut dengan kain putih sebelum dikukus dalam kukusan khas. Selepas itu, ia akan diletakkan di atas kepingan kecil daun pisang yang dialas dengan inti kelapa parut muda (nyiur kulit hidup).Terdapat juga putu piring yang dicampurkan kunyit menjadikan warna kuning.

    BOTOK-BOTOK

    Botok- botok sejenis makanan tradisi orang Johor. Seperti juga telur pindang yang hanya boleh disediakan dengan baik oleh orang lama di Johor sahaja. Ianya berbungkus didalam daun pisang dan apabila dibuka kita akan dapati beberapa potong ikan yang diselaputi dengan banyak rempah ratus. Ikan yang selalu digunakan untuk masakan ini ialah ikan tenggiri atau ikan merah. Rempahnya yang istimewa khabarnya terdiri dari berbagai herba termasuk beberapa jenis daun pokok bunga puding.

    CENCALOK

    Masyarakat Melayu di Melaka memang terkenal dengan pelbagai makanan tradisionalnya, yang memang cukup popular, bukan sahaja di tempat asalnya, malahan sudah melangkaui sempadan Malaysia. Selera Melaka sudah menjadi santapan lazim masyarakat Malaysia. Salah satu makanan yang menjadi kegemaran masyarakat Melayu Melaka ialah cencalok. Cencalok ialah sejenis lauk dalam hidangan makanan nasi. Cencaluk dibuat daripada udang halus yang lebih dikenali sebagai udang geragau. Udang geragau akan dicampurkan dengan air dan akan dicampurkan dengan sedikit nasi. Setelah ketiga-tiga bahan tadi sudah menjadi sebati, seterusnya akan dimasukkan ke dalam sebuah bekas iaitu pasu atau tempayan kecil dan ditutup rapat-rapat dengan menggunakan kain bersih untuk diperam dan disimpan selama 3 hari. Untuk menyedapkan rasanya lagi bolehlah dimasukkan sedikit air didih nasi. Untuk menyedapkan lagi apabila dimakan dengan nasi, hendaklah dicampurkan dengan lada basah dan bawang besar yang dihiris kemudian diperahkan dengan limau nipis atau limau kasturi atau juga dicampurkan sedikit lada basah dan sehiris halia kemudian digoreng dengan telur.

    DODOL-DODOL

    Ia sejenis makanan yang boleh dikategorikan dalam kumpulan makanan yang manis (atau manisan/penganan). Dodol sangat terkenal di Melaka. Membuat dodol boleh dikatakan amat rumit. Ramai orang selalu mencuba untuk membuatnya. Tetapi tidak semua yang akan menghasilkan dodol yang bermutu tinggi. Biasanya mereka yang mahir membuat dodol ini terdiri daripada mereka yang telah berusia. Jarang sekali generasi muda mahir membuat dodol.
    Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat dodol terdiri daripada santan kelapa, tepung beras, gula pasir, gula melaka dan garam.Untuk membuatnya, bahan-bahan tersebut hendaklah dicampurkan bersama di dalam kuali yang besar atau dikenali sebagai kawah dan dimasak dengan api yang sederhana besar. Dodol yang dimasak tidak boleh dibiarkan kerana jika dibiarkan, dodol akan hangus atau hangit di bahagian bawahnya/kerak. Oleh itu, dodol hendaklah sentiasa dikacau bergilir-gilir untuk mendapatkan hasil yang baik. Dodol yang dimasak memakan masa yang agak lama iaitu lebih kurang 4 jam kerana sekiranya kurang dari 4 jam, dodol yang dimasak tidak sedap dimakan. Setelah 2 jam dodol tadi dimasak, dodol akan bertukar kepada warna coklat yang pekat sedikit. Dodol tersebut akan mendidih dan mengeluarkan gelembung-gelembung udara yang banyak.Seterusnya, dodol hendaklah dikacau supaya gelembung dodol tersebut tidak terkeluar dari kawah sehinggalah dodol tersebut masak dandiangkat.Akhir sekali, dodol tersebut hendaklah disejukkan di dalam periuk yang besar. Untuk mendapatkan hasil yang baik dan rasa yang sedap, dodol mestilah berwarna coklat tua, berkilat dan pekat. Selepas itu, dodol tersebut bolehlah dipotong dan dimakan. Kebiasaannya dodol akan dihidang kepada tetamu pada hari-hari tertentu seperti hari-hari perayaan dan majlis kenduri.

    OTAK-OTAK

    Otak-otak adalah sejenis makanan tradisional di perkampungan nelayan. Kebiasaannya dimakan sebagai makanan ringan di jamuan petang. Terdapat dua jenis otak-otak di Malaysia iaitu “Otak-otak Terengganu” dan “Otak-otak Johor.”
    Pada lazimnya ia dibungkus dengan daun kelapa atau daun nipah tetapi kini ianya boleh dibungkus dengan kulit popia dan dikenali sebagai ‘spring roll’. Kebiasaan otak-otak diperbuat daripada isi ikan laut. Bagi ikan air tawar yang sesuai untuk dibuat otak-otak ialah ikan tilapia merah, patin dan keli. Otak-otak yang dibungkus dengan daun kelapa atau daun nipah perlu dibakar di atas dapur arang atau dapur biasa. Ia lebih enak dimakan ketika masih panas.

    CARA-CARA UNTUK MEMBUAT BELACAN

    YouTube Video

    KUIH TRADISIONAL ORANG MELAYU.

    YouTube Video

  • UNIT 4 PERMAIANAN MELAYU

    UNIT 4 PERMAIANAN MELAYU

    Permainan Tradisional Melayu

    PERMAINAN TRADISIONAL MASYARAKAT MELAYU

    Pengenalan

                    Masyarakat Melayu mempunyai pelbagai jenis kebudayaan yang digarap daripada pelbagai keturunan. Kebudayaan ini disatukan menjadi satu kebudayaan yang unik kerana hampir setiap keturunan mempunyai adat sehingga membentuk kebudayaan Melayu. Ikatan masyarakat terus dikukuhkan dan dieratkan dengan acara-acara keramaian dan juga hiburan. 

                        Permainan tradisional telah berupaya membentuk sebahagian daripada kehidupan yang dilalui oleh nenek moyang kita. Asas penting yang menjamin kesinambungan permainan tradisional pada masa lalu ialah keseragaman cara hidup nenek moyang kita. Kegiatan harian, bermusim dan tahunan daripada individu ke individu tidak banyak berbeza. Situasi ini membolehkan mereka bekerja dan berhibur pada masa yang sama. Malah, sejak dari kecil lagi mereka membiasakan diri dengan keadaan yang demikian. Apabila musim menuai padi berakhir dan musim tengkujuh tiba pesawah dan nelayan mengisinya dengan kerja-kerja sampingan. Kerja-kerja demikian boleh ditangguhkan dengan mudah. Tempoh peralihan antara musim inilah digunakan untuk mengadakan keramaian serta pesta.

                    Apabila sesuatu pertandingan permainan diadakan di sesebuah kampung, penduduk kampung berdekatan turut berkunjung untuk mengambil bahagian atau sekadar memberi semangat. Suasana pesta di padang permainan boleh mewujudkan interaksi sosial di antara kampung-kampung yang mengambil bahagian. Oleh sebab itu, permainan tradisional juga dikenali sebagai permainan rakyat. Terdapat permainan ini yang sekarang tidak dimainkan lagi tetapi hanya diketahui oleh ibu bapa dan datuk nenek kita sahaja. Namun, terdapat permainan yang terus kekal  digemari lagi oleh kanak-kanak sehingga hari ini termasuklah guli, congkak, wau, selambut, sepak raga, gasing dan lain-lain.

    Contoh Permainan Tradisional (Jabatan Warisan Negara atas talian):

    YouTube Video

    1. Galah Panjang
    2. Batu Seremban
    3. Sepak Raga
    4. Ketinting
    5. Congkak
    6. Gasing
    7. Wau Tradisional Melayu
    Persoalannya, bagaimanakah cara bermain semua permainan ini?

    Cara Bermain
    1. Galah Panjang (Portal 1Klik, 2008)

    Permainan ini tidak dimainkan secara individu, tetapi dengan dua kumpulan. Terdiri dari kumpulan penyerang dan kumpulan bertahan. Setiap kumpulan mempunyai pemain tidak kurang dari seramai empat orang dan kebiasaannya terdiri dari sepuluh pemain sahaja.

    Salah seorang dari ahli kumpulan itu akan dilantik sebagai ketua sahaja. Tugas ketua kumpulan adalah sebagai mengawasi setiap penyerang yang masuk dan keluar dari gelanggang, iaitu di sepanjang garisan permulaan, garisan tengah dan garisan disekeliling gelanggang. Manakala, permain hanya menjaga garisan melintang di dalam gelanggang. Sebelum permainan dimulakan undian secara wan tu som dijalankan oleh kedua-dua ketua pasukan. Sesiapa yang menang akan menjadi pasukan penyerang. Penetapan pengiraan bertukar giliran akan ditentukan terlebih dahulu, sama ada hanya dengan cuitan ke badan pemain atau dengan menangkap pemain.

    2. Batu Seremban/ Selambut (Wikipedia)

    Batu Seremban juga dikenali sebagai permainan Selambut atau Serembat. Kanak-kanak perempuan gemar memainkannya secara individu dan kebiasaannya dimainkan secara berkumpulan seramai dua hingga empat orang atau lebih. Kemahiran semasa bermain Batu Seremban ialah melambung dan menangkap.

    3Sepak Raga (Portal Rasmi Negeri Johor atas talian, 2013)

    Dalam permainan sepak raga, beberapa pemain berdiri dan membentuk satu bulatan. Permainan ini dimulakan dengan salah seorang pemain melambung bola kepada rakannya dengan tangan. Rakannya itu akan menimang bola itu dengan kakinya sekali atau beberapa kali, sebelum menendangnya ke arah pemain lain. Pemain-pemain yang membentuk lingkungan atau bulatan itu mestilah bergilir-giliran menimbang bola itu dan mengawalnya supaya tidak jatuh ke lantai. Jika bola itu jatuh, permainan dalam pusingan tersebut ditamatkan.

    4. Ketinting/ Teng-Teng (Portal Rasmi Negeri Johor atas talian, 2013)

    Teng teng dimainkan oleh sekumpulan kanak-kanak terdiri dari dua hingga empat orang setiap gelanggang, tiada peraturan tetap dengan jumlah pemain bagi setiap gelanggang. Sekiranya melebihi dari empat pemain dalam satu gelanggang, permainan akan mendatangkan kesukaran bagi setiap pemain untuk berteng-teng. Setiap pemain tidak dibenarkan memijak petak di mana gundu berada di dalamnya, sama da kepunyaan sendiri atau pihak lawan, jika terpijak permain itu akan dikira mati, giliran pemain seterusnya mengambil alih permainan.

    5. Congkak (Portal Rasmi Negeri Johor, 2013)

    Yang berikut merupakan peraturan permainan congkak:
    a. Congkak hanya boleh dimainkan oleh 2 dua orang sahaja pada sepanjang masa. Kedua-dua mereka akan berhadapan dengan satu sama lain, dengan papan
    congkak tersebut diletakkan di tengah. Mulanya, kedua dua pemain akan mencapai semua biji yang terdapat di salah satu lubang yang berderetan di depan masing-masing. Setiap lubang mempunyai 7 biji pada waktu permulaannya, tetapi akan berbeza setelah permainan tersebut mula. 

    b. Kemudian, genggaman biji itu dilepaskan satu demi satu pada setiap lubang, mengikut daerah ke kiri. Lubang besar yang terdapat di dua-dua hujung papan congkak itu dipanggil ‘rumah’. Setiap pemain akan memilih ‘rumah’ mereka sebelum mula bermain. Sedang mereka melepaskan satu demi satu biji itu, mereka juga akan letakkan satu di rumah masing-masing.

    c. Pihak lawan mengambil giliran meneruskan permainan hingga kesemua bijinya sudah habis diletakkan. Sekiranya buah terakhir jatuh di dalam rumah sendiri, pemain boleh meneruskan permainan dengan mengambil biji yang masih ada di mana-mana deret sendiri. Sekiranya biji yang terakhir itu jatuh di lubang kosong pihak lawan, maka permainan itu mati di situ sahaja dan pihak lawan boleh memulakan permainan seterusnya hingga mati. Kadangkalanya, apabila salah satu daripada pemain sudah pun kalah, yang ‘pemenang’ itu mengambil kesemua biji-biji yang masih berada di semua lubang dan ia akan dimasukkan ke dalam ‘rumahnya’. Pemenangnya adalah dia yang telah mendapat lebih biji.

    d. Gerakan diteruskan hingga buah yang terakhir pada tangan dimasukkan dalam lubang kosong di kawasan sendiri atau pesaing dan pemain hendaklah berhenti, Pemain itu boleh menembak lubang lawan yang setentang dengan lubangnya iaitu mengaut kesemua biji (jika ada) di dalam kampung tersebut dan meletakkannya di ‘rumah’ mereka.

    6. Gasing 

    Gasing pinang dimainkan oleh kanak-kanak. Buah pinang muda dikupaskan sabut dan kulitnya, dipangkaskan bahagian atas dan bahagian bawahnya, kemudian dicucukkan lidi buluh melalui pulurnya menjadi paksi serta pemegang gasing itu. Gasing ini boleh dilagakan atau diurikan.

    Untuk memusingkan gasing, tali setebal 1.75 cm dan sepanjang 3 hingga 5 meter dililitkan pada jambulnya hingga meliputi seluruh permukaan gasing. Kemudian gasing itu dilemparkan ke atas tanah dan serentak dengan itu tali yang melilit jambuhnya direnggut.

    7. Wau Tradisional Melayu

    cara bermain layang wau

    Pada kebiasaannya wau akan dimainkan oleh dua orang, iaitu seorang akan memegang wau dan seorang lagi dipanggil juru anjung yang memegang tali. Apabila angin bertiup maka tali akan ditarik melawan arus angin dengan cara menghulur dan menarik talinya sehinggalah wau atau layang-layang tersebut tinggi di udara. 

  • UNIT 5 ADAT ISTIADAT DAN KEBUDAYAAN MELAYU

  • UNIT 6 ADAB DALAM MASYARAKAT MELAYU

    Klik seterusnya  BUSANA • SILAT & LANGKAH  SENJATA • RENTAK & IRAMA • PETUA & PERUBATAN • ADAT & ADAB • PERMAINAN

    Adat & Adab

    Bak kata peribahasa "Biar mati anak, jangan mati adat".  Jika direnungkan secara mendalam, kata-kata sedemikian boleh dianggap serius bahawa Melayu itu sangat utuh berpegang kepada adat. Adat adalah tata cara yang mengatur tingkah laku manusia dalam segala aspek kehidupannya. Ini  bermakna setiap aspek kehidupan masyarakat Melayu di atur oleh ketinggian adat.

    Jika dilihat alam Melayu mengandungi dua jenis adat istiadat yang digunapakai iaitu :
    • Adat Temenggung – Majoriti masyarakat Melayu di seluruh Nusantara ini mempraktikkannya.                  
    • Adat Pepatih -  Sebahagian masyarakat Melat terutama masyarakat Minangkabau.

    Adat Temenggung merupakan Warisan Datuk Temenggung. Garis keturunan berdasarkan sebelah Bapa. Sementara Adat Pepatih pula adlah Warisan Datuk Pepatih Nan Sebatang.  Perkiraan garis ketutunan sebelah Ibu.

    Jika kita tengok dari segi hirarkinya, adat Melayu ini terbahagi kepada tiga jenis iaitu :
    • Adat sebenar adab
    • Adat yang diadatkan
    • Adat yang teradat
    Adat sebenar adat : ialah prinsip-prinsip yang bersumber dari agama Islam. Aturan adat ini tiadalah dapat diubah-ubah. Adat yang pertama ini tersimpul dengan ungkapan “Berdiri adat karena syarak”.

    Adat 'Belah Mulut' dan 'Berzanji'
    Adat yang diadatkan : ialah prinsip-prinsip adat yang disusun oleh penguasa Melayu (Raja, Pemuka adat, dll). Adat sejenis ini dapat pula berubah sesuai dengan perkembangan zaman dan perkembangan pandangan pihak penguasa sesuai dengan ungkapan “Sekali air bah, sekali tepian berubah”.

    Adat yang teradat : ialah sikap, tindakan, dan putusan bersama atas dasar musyawarah yang dirasakan cukup baik oleh masyarakat. Inilah yang kemudian menjadi kebiasaan turun-temurun. Adat jenis ketiga ini pun dapat berubah sesuai dengan kehendak zaman.

    Dalam masyarakat Melayu, ketiga jenis adat di atas berlaku dalam mengatur kehidupan harian. Di kampung-kampung, aturan adat tersebut masih banyak yang dipraktikkan, tetapi berbeza dengan di bandar yang makin hilang ditelan dek zaman.  Adalah menjadi tanggungjawab setiap anak bangsa Melayu agar dapat mempertahankan kemurnian adat istiadat Melayu yang ditinggalkan oleh nenek moyang mereka.

    Sebenarnya adat Melayu sungguh halus dan syumul.  Bermula tatkala seseorang anak Melayu itu lahir dari kandungan ibunya sudah terpatri adat istiadat Melayu sehinggalah ke hembusan nafas terakhir, setiap individu bernama Melayu sudah diwariskan adat istiadat itu.  Begitu seni dan unik sekali adat dan adab bangsa yang dipanggil Melayu.

    Adab-adab Melayu

    Jika adat istiadat merupakan satu tata cara hidup sesuatu bangsa, adab pula boleh diertikan dengan tata susila yang membentuk jati diri kepada bangsa itu. Bila kita persoalkan isu adab bagi masyarakat Melayu,  kita tidak dapat menafikan tentang keselarian adab-adab yang dianjurkan oleh agama Islam itu sendiri. Ini kerana peradaban Melayu memang cukup berseni dan indah.  Peradaban Melayu yang tinggi dapat dilihat jelas sewaktu dulu namun agak sedih masa kini adab-adab tersebut sudah mula disisihkan oleh masyarakat Melayu moden.

    Sesuatu bangsa itu berbeza adab-adabnya mungkin kerana perbezaan iklim cuaca, faktor bentuk muka bumi, cara hidup dan cara berfikir.  Orang Arab mahupun Barat adalah tidak menjadi masalah jika sekiranya seseorang mengusap atau memegang kepala orang lain bagi tujuan bergurau senda tetapi ianya amat besar masalah jika dilakukan kepada orang Melayu, agak kurang ajar.  Begitu juga dengan sesuatu yang berkaitan dengan penggunaan kaki, orang Melayu cukup pantang jika seseorang itu menggunakan kaki bukan pada kegunaannya seperti memberi sesuatu barang kepada orang lain dengan menggunakan kaki.  Hal ini terbukti, pada sesetengah seni mempertahankan diri seperti ‘Silat Asli’ bagi masyarakat Melayu adalah tidak sopan jika kaki digunakan melebihi paras lutut. Berbeza pula dengan seni pertahanan diri bangsa lain seperti Cina iaitu ‘Kung Fu’, Korea dengan ‘Tae Kwando’, Jepun pula ‘Judo’ mahupun jiran negara kita iaitu Thailand terkenal dengan ‘Muay Thai’ nya.

    Jadi sewajarnya bagi orang-orang Melayu patut bersyukur serta bangga dengan kurniaan tuhan terhadap bangsa Melayu. Halus dan tertib lendik  adab –adab yang diwariskan kepada mereka.  Bermula daripada amalan beradab di rumah sehinggalah bercampur gaul dalam masyarakat.  Adab mencerminkan peribadi bangsa. Adab-adab yang ketara sepatutnya masih diamalkan oleh orang Melayu iaitu antaranya ;

    1)  Adab Hormat Orang Yang Lebih Tua

    Amalan seperti ini amat dititikberatkan dalam penghidupan orang Melayu.  Selain kedua orang tua sendiri, golongan orang yang lebih tua patut dihormati bagi yang lebih muda. Umpamanya, bila berada dalam majlis orang yang lebih muda harus menundukkan badan semasa lalu di hadapan orang yang lebih tua beserta dengan senyuman.  Pertuturan juga mestilah dengan nada suara yang agak rendah sedikit bila bercakap dengan orang yang lebih tua.  Semua ini sinonim dengan ajaran Rasullah SAW melalui hadis-hadis yang diriwayatkan.

    2)  Adab Menuntut Ilmu

    Di dalam aspek belajar atau menuntut ilmu, terdapat pihak murid dan guru. Hormat dan menghormati satu sama lain, semua masyarakat amat menyanjung guru namun bagi masyarakat Melayu peranan guru teramat penting dalam membentuk jati diri seseorang itu. Adab hormati guru dengan mengamalkan setiap ilmu yang diberi oleh guru itu dengan sewajarnya bukan sebaliknya yang boleh menjatuhkan maruah guru itu sendiri atau juga boleh mengundang gejala fitnah.  Menerima sesuatu keilmuan daripada guru juga perlu serius dan fokus sehingga dapat menguasai serta memberi manfaat kepada yang lain. 

    3)  Adab Bertandang

    Bertandang atau dalam Islamnya disebut juga ziarah.  Sememangnya juga ada adabnya seperti  sebaiknya mesti pada waktu tertentu.  Contoh jika seseorang itu hendak bertandang ke rumah jiran ataupun rakan waktu yang sesuai iaitu pada sebelah pagi, selepas tengahari, petang dan hanya di awal malam. Sebaliknya waktu lain adalah di anggap tempoh waktu untuk peribadi. Sewaktu tengahari biasanya orang Melayu akan makan tengahari bersama anak dan isteri setelah itu biasanya adalah masa untuk keluarga itu berehat seketika.  Tempoh bagi bertandang juga perlu lebih prihatin iaitu pihak tetamu mesti peka dengan situasi tuan rumah.  Sekiranya proses bertandang itu bukanlah rutin maksudnya jarang atau belum pernah bertandang maka bagi orang Melayu adabnya mesti dengan membawa ‘buah tangan’ sebagai salam perkenalan atau menyambung hubungan.  Perlu diingat, bahawa  bagi tuan rumah pula adalah meraikan atau memuliakan tetamu menjadi satu tuntutan adab Melayu.

    4)  Adab Pergaulan Masyarakat

    Masyarakat Melayu cukup sensitif dalam aspek pergaulan sosial.  Sejak dulu lagi, keprihatinan ini dapat dilihat dalam masyarakat Melayu ini. Sangat menitikberatkan mengenali antara satu sama lain, anak jiran sama macam anak sendiri, ambil berat masalah setempat, bergotong royong dalam banyak aktiviti seperti kenduri kendara, kematian, sakit demam dan sebagainya lagi.  Sehingga terdapat bidalan bahasa bagi oarang yang anti sosial atau kurang bergaul sesama jiran iaitu “kera sumbang”.  Agak malang sekali, dewasa ini menularnya di kalangan orang Melayu moden dengan budaya barat seperti tidak kenal antara jiran dengan jiran, kurang peduli dengan masyarakat setempat lebih mementingkan diri dan keluarga sendiri saja, kurang aktiviti pergaulan sesama sendiri secara fizikal tapi lebih ke arah berhubung dalam alam maya semata-mata.

    Malahan banyak lagi jika nak dijelaskan berkenaan dengan adab atau tata susila bangsa Melayu.  Cukup banyak dan boleh dikatakan sudah lengkap yang tidak bercanggah dengan ajaran agama.  Namun persoalan yang patut kita fikirkan sekarang sudah kemanakah amalan-amalan adab orang Melayu yang cukup tinggi nilai dahulunya.  Adakah sudah ketinggalan zaman atau orang Melayu sendiri sudah lupa????

    Rujukan lanjut mengenai adat dan adab boleh dilayari di internet seperti ;

    Adat Melayu : logprima
    Masyarakat Melayu : jkkn.gov.my

    siapa memakai adat lembaga
    ke mana pergi disahyangi orang
    siapa pandai syariat agama
    hidup mati tidak terbuang

    [semangat7]

    MENYAMBUT KELAHIRAN BAYI

    1. Mengerat Tali Pusat : Sebaik sahaja anak dilahirkan, diikat terlebih dahulu tali pusat bayi dan dipotong dan mengunakan gunting yang telah ditawarkan bisanya dan kemudiannya  diikat dengan 3 ikatan simpulan mati . Barulah kemudian bayi itu dicuci atau dimandikan. Bayi yang sudan dimandikan hendaklah kemudian dibalut dengan tuala atau kain lembut dan seeloknya kain berwarna putih.

    2. Azan di Telinga : Lazimnya sudah menjadi amalan orang Melayu, sesusah sahaja anak dilahirkan. Si bapa atau walinya azankan di teliga bayi pada sebelah kanan dan iqamat di telinga kiri. Amalan ini mengikut sunah Nabi ketika baginda menyambut kelahiran Hasan bin Ali.

    3. Membasuh Uri dan Tembuni : Uri yang keluar bersama anak itu tidaklah boleh dibuang begitu sahaja, hendaklah dibasuh dan di tanam. Lazimnya kerja-kerja ini selalunya dibuat oleh para bidang akan tetapi adalah lebih baik dilakukan oleh si suami yang baru menerima cahaya mata sebagai tanda kesyukuran dan menghargai susah payah si isteri membawa kandungan selama 9 bulan 10 hari itu. Membersihkan uli hendaklah dengan teliti dan setelah bersih barulah dibungkus dengan kain putih dan ditanamkan mengadap kiblat dihadapan rumah bagi anak perempuan dan anak lelaki dibelakang rumah di tempat-tempat yang redup.

    4. Ucapan Tahniah : Sunat mengucapkan tahniah kepada mereka yang baru menerima cahaya mata kurniaan Allah. Ini mengembirakan akan keluarga itu dan mengeratkan lagi silaturahim da selalunya menjadi amalan orang Melayu memberi hadiah untuk bayi tersebut atau sekadar wang saguhati kepada penimang anak.

    5. Menyusu Ibu : Sejak awal lagi hendaklah diamalkan si anak menyusu pada payudara ibunya. Susu ibu amat terbukti khasiatnya yang boleh menghindar dari pelbagai penyakit. Petua orang tua-tua pula menyatakan sekiranya si anak pergi jauh meninggalkan ibunya dapat dipanggil pulang dengan syarat anak itu menyusu dengan ibunya.

    6. Tahnik Anak atau Belah Mulut : Tamar digunakan untuk dimasukkan sedikit ke mulut bayi sehingga mencecah langit-langit. Air zam-zam di berikan bayi itu mengecapnya beberapa titik. Amalan ini digalakkan selepas sahaja bayi itu dilahirkan dan dilakukan oleh seorang yang warak atau alim dengan tunjuan mengambil berkat orang itu.
    Majlis Mencukur Rambut

    7. Mencukur Rambut : Sunat mencukur rabut bayi ikut sampai lincin. Rambut itu ditimbang dan menilaikan berdasar nilai perak dan disedekahkan kepada faqir.

    8. Adat Berndoi : Adat ini masih boleh lagi di lihat di negeri Perlis, Kedah dan Perak. Anak diletakkan dalam bauian dan didendangkan cecara beramai dengan dendangan lagu memuji Rasullullah. Kerap upacara ini dilaksanakan dalam majlis cukur rambut disertakan dengan acara bacaan berzanji dan marhaban.

    9. Pakaian Pertama : hari ke 7 atau hari majlis cukur rambut atau cukur jambul inilah di mana si anak akan dipakaikan dengan pakaian pertamanya yang ditempa khas.

    10. Memberi Nama Anak : Nama anak disunatkan diberi pada hari pertama atau hari ketujuh. Hendaklah di beri nama yang baik-baik. Amalan orang dulu-dulu, mereka menberi nama mengikut kiraan hari dilahirkan dan ada juga mengikut kiraan unsur Tanah, Air, Api dan Angin agar pembawa anak tersebut bertetapan dengan anak tersebut. Maka itulah nama anak tersebut dipanggil sepenuhnya dan kalau panggilan pendek pun, ianya ditetap oleh si ayah atau si ibu.

    11. Aqiqah : Disunatkan oleh iman Safie untuk dibuat aqiaqh untuk anak tersebut pada hari ketujuh sekiranya mampu atau bila-bila sahaja sekadar sekali seumur hidup. Ulama sepakat menyatakan bahagian anak lelaki ialah dua ekor kambing dan seekor kambing bagi anak perempuan.

    12. Berkhatan : Diwajibkan bagi seorang anak lelaki dikhatankan. Waktu berkhatan digalakkan pada hari pertama atau ketujuh, namun selalunya masyarakat Melayu melanjutkan sehingga umur mukallaf.

    13. Menghentuk Kepala di Tiang Seri : Amalan ini tidak lagi dilakukan dewasa ini namun inilah amalan yang dilakukan pada masa-masa dahulu oleh yang berketuranan Panglima, Bangsawan atau Raja di sebelah utara. Ketika anak tersebut berusia 7 hari dan ada yang lakukannya pada usia melepasi 40 hari, kepalanya di hantuk secara pelahan di tiang seri rumah atau Istana sebagai isyarat akan menjadi seorang pemimpin yang teguh seteguh tiang seri.

    14. Upacara Memijak Tanah : Ini sebagai isyarat apabila di bumi nanti dia tidak akan gerun dan gentar dan setiasa selamat dalam perjalanan dan mudah mendapat rezeki di mana dia berada nanti. Amalan ini dahalunya dilakukan pada anak itu seusia 7 hari dan ada yang melakukannya pada usia 40 hari, 45 hari atau selewatnya 7 bulan apabila anak tersebut sudah boleh bertahtih.

    Antara boleh di buat rujukan :
    6 Amalan Menyambut Kelahiran Bayi Dalam Islam : anizyn
    Menyambut Kelahiran Bayi Menurut Islam wikipidea
    Masyarakat Melayu : jkkn.gov.my
    Adat Jejak Tanah : berita harian
    Upacara memijak Tanah : butang emas
    Upacara jijak Bumi : lapislady
    Adat Adat Berendoi : nellyz

    DALAM BUAIAN

    1. Membuai Anak : Masyarakat Melayu selalunya menidurkan anak di dalam buaian mengunakan kain batik sebagai buaian. Ini untuk memastikan kedudukkan anak dalam keadaan selamat, anataranya;

    • pembentukan anggota anak dalam keadaan sempurna
    • jauhi dari serangga dan haiwan berbahaya
    • tidak terjatuh semasa tidur

    Anak dalam buaian
    2. Dendangan Lagu : Dalam masyarakat Melayu sianak kecil kerap dibuaikan untuk tidur, selalunya si ibu akan menyanyikan lagu-lagu rakyat yang mengasyikkan agar anak tersebut cepat tidur. Lagu lagu ini kebanyakkan merupakan nasihat dan ada juga dibuaikan dengan selawat dan zikir-zikir. Inilah kelebihan dan istimewanya orang-orang Melayu. Antara lagu semasa buaian adalah seperti lagu Buai laju-laju dan lagu Tepok amai-amai pula didendangkan semasa menidurkan anak di atas ribaan atau menidurkan ketika menangis.

    Tepuk amai amai
    belalang kupu kupu 
    tepuk bagi pandai
    nanti upah susu

    susu lemak manis
    santan kelapa muda
    adik jangan nangis
    ibu banyak kerja

    Pada peringkat anak tersebut agak besar sedikit dalam lingkungan melepasi 100 hari, anak tersebut didendangkan pula dengan lagu-lagu rakyat sambil diajar membuat pergerakkan tangan. Lagu ini selalunya didendangkan oleh si nenek dengan lagu seperti lagu ;

    Cak cekok, udang gamit
    Minta kapur bagi kunyit
    nasi di dapur nabis hangit
    adik di rumah tergamit-gamat

    Tambahan rujukan ;
    lagu rakyat : retibasa

    ZAMAN KANAK-KANAK

    Pada usia anak-anak sudah berusia lingkungan umur 6 ke 7 tahun, mereka sudah dihantar mengaji mukadam dengan tok guru, ustaz ataupun ustazah. Inilah antara keilmuan pertama yang diutamakan oleh masyarakat Melayu kita kerana bangsa Melayu ini tidak dapat dipisahkan dengan Islamnya.

    Pada peringkat anak-anak sudah fasih bercakap lah mereka telah diperkenalkan dengan mainan rakyat berteraskan pantun berlagu seperti 'Tom-Tom Bak' atau 'Injit-Injit Semut' dan sebagainya. Permainan rakyat seperti 'Kuit Kandang' atau 'Jengket' dan sebagainya, diperkenalkan semasa anak itu sudah ligat berlari dan sudah pandai berkawan dikampung mereka.

    Salah satu amalan orang-orang Melayu dahulu kala, mereka akan menghantar anak-anak berguru silat dalam usia yang muda lagi agar dapat berdisiplin dengan mempelajari ilmu beladiri ini. Pada satu masa dahulu, seni silat yang dipelajari diceruk-ceruk kampung akan diiringi dengan irama gendang silat. Maka ramailah juga anak-anak Melayu yang pandai bermainan gendang, serunai dan gong pada zaman dahulu berbeza pada hari ini.

    Tambahan rujukan ;
    santai sekejap agc.gov.my

  • UNIT 7 PAKAIAN MELAYU

    UNIT 7 PAKAIAN MELAYU

    Pakaian Tradisional Melayu

        Pakaian orang Melayu yang paling popular dikenali oleh semua ialah baju kurung untuk yang wanita dan baju melayu untuk yang jejaka. Cara pemakaian ini sebenarnya dipengaruhi oleh agama Islam yang mula menyerap masuk di Tanah Melayu sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi. Sebelum adanya pengaruh Islam, pemakaian orang Melayu dipengaruhi oleh agama Hindu-Budhha. Mereka hanyalah berpakaian ringkas. Yang lelaki hanya menggunakan dua helai kain, satu untuk menutupi kepala dan satu lagi sebagai sarung. Bagi yang wanita, tiga helai kain digunakan sebagai kain sarung, kain kemban dan kain selendang. Perbezaan status dapat dilihat melalui penggunaan jenis kain yang mahal. 

        Sekitar abad ke-7, terdapat pengaruh Islam dalam cara pemakaian orang Melayu, yang dibawa masuk oleh orang Arab. Penyerapan dan transisi pengaruh agama Islam berlaku secara berperingkat dan proses ini mengambil masa yang agak lama. Pada abad ke-7 hingga ke-13, agama Islam tersebar luas di tanah Melayu. Walaubagaimanapun, cara pemakaian mereka masih mempunyai pengaruh agama Hindu-Buddha. Masyarakat Melayu mula berpakaian secara sopan iaitu memakai baju berbentuk tunik pendek berkain kapas hijau dengan bahagian bawah dililitkan dengan kain sutera. 

        Pada zaman kerajaan Melayu Melakalah proses evolusi pakaian orang Melayu ini mengapai tahap tertinggi. Kaum Adam mula memakai baju Melayu manakala kaum Hawa mula memakai baju kurung dengan kelubung untuk menutup kepala. Terdapat pelbagai jenis baju tradisional Melayu yang telah melalui evolusi. Gaya baju tradisional ini telah dipakai oleh golongan istana dan golongan bangsawan dan  kemudian menjadi ikutan rakyat jelata. Akhirnya, pemakaian golongan istana dengan golongan rakyat hampir sama dan hanya jenis kain dan aksesori yang berbeza ikut cita rasa. 

    Antara pakaian tradisional Kaum Melayu ialah seperti yang berikut:
    1. Baju Riau

    2. Baju Melayu Cekak Musang

    3. Baju Melayu Teluk Belanga

    4. Baju Kurung Teluk Belanga (Baju Kurung Biasa)

    5. Baju Kurung Cekak Musang

    6. Baju Kurung Kedah

    7. Baju Kurung Pahang

    8. Baju Belah Kebaya Panjang

    9. Baju Kebaya Kota Bharu

    10. Baju Kebaya Riau-Pahang

    11. Baju Kebaya Nyonya

    12. Baju Kebarung

    Terdapat juga video-video yang dipaparkan di youtube tentang cara pemakaian melayu yang betul.
    1. 

    Cara-cara mengikat sampin

  • UNIT 8 MUZIK MELAYU

    UNIT 8 MUZIK MELAYU

    https://iluminasi.com/bm/5-jenis-alat-muzik-tradisional-orang-melayu.html

    Seni Budaya Melayu

    ALAT MUZIK

    Antara alat muzik yang terkenal dalam kalangan masyarakat melayu adalah seperti di bawah: 

    Lazimnya dimainkan untuk hiburan persendirian, pemuzik dan ghazal.

    Lazimnya,

    dimainkan bersama wayang kulit, nobat, gendang keling, menora dan juga gendang silat.

    Hasil carian imej untuk gendang

    Lazimnya, digunakan dalam persilatan, tari menari dan menyambut perayaan atau pertabalan Diraja.

    MUZIK:

    Selain itu, muzik Melayu yang terkenal di negara kita ialah hadrah, ghazal dan dondang sayang: 

    MUZIK GHAZAL

                Muzik Ghazal merupakan seni budaya muzik yang terkenal di Johor dan menggunakan alat muzik Gambus. Ghazal merupakan satu kesenian tradisional masyarakat Melayu Negeri Johor yang popular dewasa ini.Pada peringkat permulaannya, seni muzik ghazal ini disebut sebagai qamat yang bererti nyanyian dan beriuh rendah dikatakan berasal dari Tanah Arab.

    MUZIK HADRAH

     Hasil carian imej untuk muzik hadrah

    Muzik Hadrah merupakan seni budaya muzik terkenal di Perak yang menggunakan kompang. Permainan atau persembahan Hadrah ini boleh digolongkan dalam muzik paluan, iaitu muzik yang hanya menggunakan alat-alat gendang dan gong untuk mengiringi nyanyian dan tarian. Terdapat perbezaan persembahan Hadrah di negeri-negeri di Utara Semenanjung Malaysia. Perbezaan ini bukan sahaja dapat dilihat dari segi sari kata lagu, corak tarian serta aspek persembahan tetapi yang lebih nyata adalah dalam aspek penekanan nyanyian dan tarian di dalam setiap persembahan. Menurut Profesor Taib Osman, Hadrah adalah sama dengan persembahan teater yang lain seperti Makyong, Menora dan sebagainya dari aspek persembahan.

    MUZIK DONDANG SAYANG

     Hasil carian imej untuk inang

    Dondang sayang ialah sejenis balada cinta Melayu tradisional. Dalam lagu dondang sayang, penyanyi-penyanyi saling bertukar pantun tanpa persediaan dalam gaya yang riang dan kadang-kadang lucu. Nyanyian-nyanyian biasanya diiringi empat orang ahli muzik yang terdiri daripada:

    ·         seorang pemain biola;

    ·         dua orang pemain rebana (gendang yang di sebelah sahaja dipasang kulit) Melayu; dan

    ·         seorang pemain tawak (gong kecil).

    Pemain biola biasa merupakan ketua kumpulan ahli muzik. Beliau memainkan peranan utama dalam dondang sayang, dan membekalkan melodi kaunter kepada melodi vokal atau suara. Pemain-pemain muzik boleh saling bertukar alat-alat muzik mereka antara persembahan, tetapi pemain biola jarang berbuat demikian, walaupun dibenarkan. Sehingga lima buah reban boleh digunakan, jika terdapat pemain muzik yang berlebihan. Kadang-kadang, rebana boleh digantikan dengan gendang ataupun kompang. Barisan alat muzik boleh juga ditambahkan dengan akordion.

    .

    TARIAN:
     Masyarakat melayu juga terkenal dengan pelbagai jenis tarian seperti: 

    Tarian Zapin

    Tarian Zapin merupakan sejenis tarian rakyat Melayu tradisional. Tarian ini diilhamkan oleh peranakan Arab dan dikatakan berasal dari Yaman. Tarian zapin telah menular luas di kalangan penggemar seni tari di Nusantara iaitu di Semenjung Tanah Melayu, Borneo dan gugusan pulau yang sebanding yang mana bergiat aktif dari dulu hingga kini seperti di MalaysiaBruneiSingapura dan Indonesia. Zapin telah mengalami pengubahsuaian dari segi bentuk dan ragamnya yang ternyata lebih tradisional sifatnya. Dengan itu tarian Zapin biasanya mempunyai pecahan tersendiri menurut tempat ia ditarikan, antaranya adalah:

    -->Tarian Zapin Arab

    -->Tarian Zapin Johor

    -->Tarian Zapin Lenga

    -->Tarian Zapin Pekan

    -->Tarian Zapin Tenglu

    Tarian Zapin mementingkan pergerakan berkumpulan dan bukannya usaha individu. Antara peralatan muzik yang mengiringi tarian Zapin adalahgambusrebanagendangrebab dan marakas. Biola tidak tergolong sebagai sejenis alat muzik tarian Zapin namun terdapat anggapan salah dalam kalangan rakyat. Ini disebabkan muzik yang dihasilkan rebab mempunyai persamaan dengan gesekan biola.

    Tarian Inang

    Tarian Inang merupakan versi moden bagi tarian tradisional rakyat iaitu Tarian Mak Inang. Ia sering dipersembahkan di majlis-majlis sosial. Tarian ini ditarikan mengikut laju tempo rebana, biola dan gendang. Semasa menari, para penari melambaikan sapu tangan yang berwarna-warni.

    Tarian Mak Yong

    Makyong (atau Mak Yong atau Makyung) merupakan sejenis tarian Melayu traditional. Drama tari Mak Yong ini merupakan sebagai suatu bentuk drama-tari Melayu yang menggabungkan unsur-unsur ritual, lakonan dan tarian yang digayakan, muzik vokal dan instrumental, lagu, cerita dan teks percakapan yang formal dan bersahaja. Drama-tari ini dipertontonkan terutamanya di TerengganuPataniKelantanKedahPerlis serta di Kepulauan Riau - Indonesia.

    Drama tari Mak Yong ini merupakan sebagai suatu bentuk drama-tari Melayu yang menggabungkan unsur-unsur ritual, lakonan dan tarian yang digayakan, muzik vokal dan instrumental, lagu, cerita dan teks percakapan yang formal dan bersahaja. Drama-tari ini dipertontonkan terutamanya di Terengganu, Patani, Kelantan, Kedah, serta di Kepulauan Riau - Indonesia.

    Mak Yong dipersembahkan sebagai hiburan dan juga sebagai cara perubatan. Mak Yong dipercayai wujud sebelum kedatangan Islam lagi. Ia dipentaskan sebagai pementasan Diraja di bawah naungan Kesultan Kelantan sehingga 1920-an. Dengan itu, tradisi ini dikekalkan dalam bentuk asal tanpa meninggalkan peningkatan yang terdapat di istana seperti pakaian yang berhias cantik.

    Tarian Kuda Kepang

    Tarian Kuda Kepang merupakan sejenis tarian rakyat Melayu traditional. Tarian ini ialah tarian warisan budaya Jawa dengan pengaruh Islam. Ciri Jawa itu jelas pada pakaian penari-penari dan unsur Islam jelas pada jalan cerita itu semasa ditarikan iaitu mengisahkan peperangan Rasulullah dan para sahabat. Dikatakan bahawa tarian ini diperkenalkan oleh pendakwah Islam sebagai cara menarik penduduk setempat agar datang beramai-ramai menyaksikan persembahan mereka. Pendakwah akan menyampaikan dakwah mereka sebelum atau selepas persembahan.

    Tarian Kuda kepang amat digemari oleh penduduk Johor, terutamanya dari keturunan Jawa. Kuda kepang ini biasanya dibuat dari anyaman yang dibentuk seperti seekor kuda tanpa kaki. Ia diperbuat daripada buluh yang dianyam atau kulit binatang yang diwarnakan untuk menjadi lebih menarik.

    Lazimnya terdapat 10 hingga 15 orang penari bagi setiap kumpulan penari kuda kepang yang biasanya akan mempunyai seorang ketua. Pada peringkat awalnya, semua gerak geri penari adalah atas arahan dayang yang menggunakan tali untuk mengawal permainan. Tarian ini biasanya dipertunjukkan di majlis-majlis keramaian untuk memeriahkan lagi suasana seperti sewaktu menyambut orang-orang kenamaan, meraikan majlis perkahwinan dan di hari-hari perayaan. Pada masa dahulu terdapat banyak pantang larang bagi mereka yang menonton persembahan kuda kepang seperti tidak mencaci penarinya atau akan menimpa musibah.

    Seni Budaya Melayu

    MASYARAKAT MELAYU
    Masyarakat melayu kaya dengan warisan seni budaya dari segi alat muzik, muzik dan tarian. 

  • UNIT 9 TARIAN MELAYU

    TARIAN MELAYU

    Jenis-jenis Tarian Masyarakat di Malaysia

    PENGENALAN

    Malaysia merupakan negara berbilang kaum dan masyarakat iaitu terdiri daripada masyarakat melayu,india,cina, iban dan sumazau. Pelbagai adat dan budaya yang dapat dipelajari daripada masyarakat pelbagai kaum ini, terutama dapat dilihat daripada tariannya. Tarian dapat didefinisikan sebagai satu seni tari pergerakkan badan,kaki dan tangan mengikut rentak muzik yang dimainkan. Tarian yang dipersembahkan dari setiap kaum mempunyai asal usul dan tujuan tersendiri.Sebagai contoh tarian mak yong,zapin,gamelan,asyik,kathak,bhrata natyam,singa,kipas,ngajat dan sumazau.

    1.TARIAN MAK YONG

    Tarian mak yong merupakan sejenis tarian Melayu tradisional. Drama tari Mak Yong ini merupakan sebagai suatu bentuk drama-tari Melayu yang menggabungkan unsur-unsur ritual, lakonan dan tarian yang digayakan, muzik vokal, lagu, cerita dan teks percakapan yang formal dan bersahaja. Dicipta untuk hiburan kerabat di Raja khususnya dari golongan Selatan Thailand, tarian ini juga menggabungkan drama romantis, tarian dan nyayian dengan gaya menawan yang mengisahkan zaman kegemilangan kesultanan melayu. Sesuai dipersembahkan selepas orang-orang kampung selesai menuai padi dibendang.

    2.TARIAN ZAPIN

    Tarian zapin merupakan tarian yang terkenal di negeri Johor. perkataan zapin berasal daripada Al-zaffan iaitu gerak kaki. Mengikut sejarah tarian ini pada mulanya adalah sebagai tarian hiburan di istana yang dibawa dari Hadramaut,Yaman Selatan oleh pedagang Arab pada abad ke-13 yang bertujuan digunakan amalan berzikir untuk menyebarkan pengetahuan mengenai sejarah tamadun islam.Kini,tarian zapin masih lagi dipersembahkan dalam majlis formal dan tidak formal. Sebagai contoh majlis perkahwinan,majlis perasmian dan sebagainya.

    3.TARIAN GAMELAN

    Tarian Gamelan mula dipersembahkan di Istana di Empayar Riau dan Lingga pada kurun ke-17. Ia mula dipersembahkan buat pertama kali di khalayak ramai di Pekan Pahang dalam tahun 1811 dalam upacara persandingan Tengku Hussain

    Menurut Tengku Mariam, pada asalnya tarian ini terdiri daripada 77 jenis Gamelan tetapi pada hari ini hanya tinggal 33 jenis Gamelan sahaja kesan daripada ketiadaan tenaga pengajar jenis tarian itu. Tarian ini dipersembahkan secara eksklusif oleh penari wanita boleh dipentaskan secara dalaman ataupun persembahan terbuka. Unsur Jawa boleh dilihat dari segi seni tari tersebut. Secara estetikanya, tarian ini adalah sangat cantik dan merupakan bentuk tarian yang paling kaya dari segi jenisnya dalam kebanyakan adat tarian Melayu.

  • UNIT 10 SUKAN TRADISIONAL MELAYU